_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 30 Disember 2015

Teknik Meneran Yang Betul


Bila dah sampai masa nak bersalin kan, macam-macam ilmu mengenai perbidanan saya cuba gali. Antaranya teknik bersalin yang betul. So blogwalking ke semua blog yang berkaitan, dapatlah info yang amat berguna dan berjaya saya praktikkan di Labour Room sewaktu melahirkan Ammar.
Kenangan terindah...

Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun, meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul. Zikir adalah sebaik-baik peneman ketika ini. 





Waktu Mula Meneran
  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.


Gambar Sekadar Hiasan

Posisi Meneran Yang Tepat
  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran
  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran, dagu hendaklah diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.


Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.


Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya di rumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….

Selamat bersalin untuk semua ibu yang dirahmati Allah sekalian.



Salam sayang,

Shikin & Hafyz,
SID 883799

2 ulasan:

  1. Tahniah kak ...Infonya pun bagus..Teknik meneran yang betul banyak membantu memudahkan proses bersalin..

    BalasPadam
  2. Tq deq... Ingat dulu bsalin sulung kak angkat punggung.huhu

    BalasPadam