_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 31 Disember 2015

Bentan Ketika Berpantang


Bentan ni sangat ditakuti oleh ibu-ibu baru lepas bersalin kan, apa tidaknya bila dah bentan pulak tu dalam keadaan masih berpantang mesti lah ianya sangat sukar untuk ibu-ibu menguruskn bayi dengan sempurna. Saya masih belum pernah lagi merasa bagaimana pengalaman bentan tu , syukur Alhamdulillah , tapi ada kawan-kawan yang dah pernah terkena memang kesian bila dengar..ada yang demam sampai menggigil-gigil , ada yang sakit urat seluruh badan.. jadi kalau boleh cuba la sehabis upaya kita untuk berpantang dengan sempurna supaya dapat elakkan masalah-masalah lain terutamanya bentan ni. Jom kita kenali serba sedikit pasal bentan ini.



Jenis-jenis bentan

Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.  

Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.  

Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.   Ibu-ibu harus ambil langkah berjaga-jaga walaupun dihujung-hujung tempoh berpantang, masih ada ibu yang terkena masalah bentan ni. 

Maka kalau boleh sepanjang berpantang tu cuba amalkan TIPS di bawah ni utk mengelakkan anda bentan.

Banyakkan berehat selepas bersalin. Ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek selain dari mengangkat bayi anda. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu. Kita juga kalau boleh elakkan banyak berjalan dikhuatiri ibu jari kaki terlanggar sesuatu yang keras yang akan mengakibatkan masalah bentan dan tumpah darah.

Elakkan jangkitan kuman ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.  Pastikan tuala wanita ditukar setiap beberapa jam sekiranya anda rasa ia telah penuh atau setiap kali anda membuang air dan lap sehingga kering bahagian luka anda. 

Jaga pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung dan nangka muda.


Salam Sayang,

Shikin & Hafyz
0139867967







1 ulasan: