_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 22 Disember 2015

KENAPA AIR KENCING KUNING BILA MAKAN B-COMPLEX?

Ramai yang tanya soalan ne bila makan B -complex


 KENAPA AIR KENCING JADI KUNING lepas consume Vitamin B Complex?? Pelik la aku...Ok ke tak sebenarnya? ke aku je yang jadi macam ni??Jangan risau ye, tiada apa yg bahaya. Itu adalah perkara normal kerana Bcomplex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan..





Namun, adalah bagus untuk kita mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome







Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang saya petik dari Wikipedia

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak :-)

The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*

Sumber : Riboflavin



Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urin anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urin akan menjadi normal kembali.


Buat ibu hamil...wajibkan diri korang ambil B-Complex ne ya. Pengambilan B-complex yang cukup membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi yang cacat. 

Semoga di bawah lindungan Allah sentiasa.






Salam Sayang,
Shikin & Hafyz
0139867967

2 ulasan:

  1. ramai yang rasa risau tengok kencing warna kuning, sekarang dah tahu kenapa

    BalasPadam
  2. hahaha termasuklah saya yang takut bila tengok urin kuning lain macam... siap pegi klinik lg check..

    BalasPadam