_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 19 Disember 2015

Mini Reunion Warga SMKATJ 97-01 & Doa Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayahanda Tercinta

Syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis reunion kami berjalan lancar... walaupun hanya sekejap, jumpa makan2 terubat rindu dengan kawan-kawan sekolah. Syukur jugak mak ayah diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan hidangan yang super special buat kami ; Nasi Dagang Terengganu..


Majlis ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran sanak saudara & jiran tetangga. Walaupun agak kelam-kabut, habis nasi dagang sambung nasi kuning... habis lauk, sambung rebus telur, goreng ikan, masak lagi nasi kuning, habis puding masak lagi agar-agar, habis bihun goreng tomyam , masak lagi mee goreng basah.... ini la fenomena biasa bila kami berkenduri. Syukur, dimurahkan rezeki kami untuk menjamu sanak saudara makan bersama sambil mengeratkan silaturrahim.

Gambar memang tak banyak disebabkan saya hanya melayan tetamu sepanjang majlis. hihi...
Cukup sekadar kenangan apa yang dikongsikan sahabat saya melalui wasap grup kami.








Mak & Toksu Nong kongsi bday sama, 2Jan.... anak2 aku tukang nyayi lagu 'panjang umurmu' buat bak, cik & toksu

Sorry Ikhwan & Syameel.... tak dop gambo mung 2 orang sebab mu mari time aku tak pegang hp doh. hihi. nak bergambar ramai-ramai pun tak ingat. Apapun, terima kasih kawan-kawan. Jumpa lagi lain kali.

Sambil jamu kawan2 & saudara, order menderu2 masuk termasukla;

Pejo - Performance drink
Syameel - Omega guard
Cik Jah - Vit E
Shidah - Herblax & Vitalea
Su - Omega guard & Vit C
Kaktie - Vit C
Acik - Zinc Complex

Kawan2 di Tawau, kazen saya yang uruskan... terima kasih deq Dayang Sri Rahma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan