_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 15 Oktober 2016

6 sebab tidur ibu hamil terganggu


Salam sejahtera buat semua. Di sini saya senaraikan 6 sebab mengapa tidur ibu hamil sering terganggu.


♦️1.Kerap buang air kecil

Boleh dikatakan setiap malam kerap terbangun dari tidur sebanyak 2 hingga 3 kali semata-mata nak pergi buang air kecil. Bila dah masuk trimester ketiga kandungan, tambah aktiflah pundi kencing ni.

Kenapa ibu mengandung kerap buang air kecil? sebabnya isipadu darah bertambah sebanyak 30% hingga 50% ketika hamil. Maka buah pinggang akan bekerja keras untuk menapis darah yang bertambah menyebabkan air kencing lebih banyak.

Tambahan lagi, saiz bayi dan rahim yang membesar akan menekan pundi kencing menyebabkan si ibu kerap membuang air kecil.

♦️2. Sukar Bernafas

Apabila rahim semakin membesar, keadaan sukar bernafas semasa tidur lebih terasa pada wanita hamil. Kenapa pernafasan agak sukar ketika mengandung? Ini kerana saiz rahim yang membesar akan mengambil lebih banyak ruang dalam abdomen kita sehingga menyebabkan diaphragm susah untuk berfungsi dengan baik.

♦️3. Denyutan Jantung Lebih Laju

Biasanya denyutan jantung di antara 70-80 denyutan seminit semasa tidak mengandung. Namun sekarang ini, ketika mengandung, denyutan jantung lebih laju ,melebihi 90 denyutan seminit. Kadang-kadang mencecah lebih 100 denyutan seminit.

Ketika baring, dapat merasakan denyutan jantung sendiri membuatkan rasa tidak selesa. Keadaan ini berlaku kerana jantung berdenyut lebih laju ketika hamil untuk mengepam darah ke seluruh badan.

♦️4. Kaki kejang dan Sakit Belakang

Kalau malam terutamanya ketika sejuk atau kepenatan, kadang-kadang, terbangun malam sebab kejang kaki. Sakit? Susah diungkapkan. Hanya Tuhan yang tahu.

Belakang pun cepat sakit juga, terutamanya jika baring melentang.

Keadaan ini disebabkan berat badan si ibu yang berlebihan menyebabkan otot kita bekerja keras untuk menampung beban yang meningkat selain daripada kekurangan kalsium dalam badan.

♦️5. Pedih Ulu hati dan Sembelit

Kadang-kadang, wanita hamil akan rasa pedih je kat bahagian dada atau perut terutamanya pada waktu malam. Kenapa? pedih ulu hati berlaku apabila kandungan isi dalam perut refluks atau patah balik ke esofagus.

Ketika hamil, sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lemah dan makanan akan tinggal lebih lama dalam perut dan usus menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit
Keadaan lebih teruk apabila rahim membesar dan menekan perut dan usus besar.

Oleh itu, cara nak mengelakkan ulu hati semasa hamil adalah jika tidur, boleh letak bantal di bahagian atas tubuh untuk elak refluks berlaku.

♦️6. Risau dan Kerap Bermimpi

Makin dekat nak bersalin, kita akan fikir yang bukan-bukan je, sampai kadang-kadang susah nak tidur. Antara perkara yang dirisaukan seperti kesempurnaan bayi dan proses kelahiran.

Penyelesaiannya, ibu boleh Cuba ostematrix shaklee.



Hanya RM 60 untuk kegunaan sebulan. InsyaAllah ibu akan tidur lena sepanjang malam.

Shikin, 0139867967


Tiada ulasan:

Catat Ulasan