_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 28 Februari 2014

[Penyebab Jaundis @ demam kuning pada bayi]


Assalamualaikum kawan2...pagi ne teringat saya pada customer saya yg bertanya mengenai demam kuning & apa puncanya...saya kongsi sedikit apa hasil google sy malam td ok. saya dulu anak pertama je kuning, anak ke 2 alhamdulillah xsempat kuning, terus kami ambik langkah berjaga2.. mana tahan tgk baby nangis kesakitan diambil sampel darah hari2 kan...

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran..

Cara saya atasi jaundis anak...
1. bagi minum air zam-zam, n lap di badan anak...selawat & mohon supaya Allah sembuhkan demam anak
2. bg anak minum air perahan anggur hitam... bg minum sikit2 pd baby
3. bagi baby kena cahaya matahari pagi..tp bukan saya jemurla....ehehe
4. Susu Karihome langkah 1 sangat membantu sy time baby jaundis. Mohon pada Allah, bukan pada susu ne...
5. kerapkan penyusuan...jangan bagi baby terlampau tidur
 
 
Bagi mommies yang mengambil set berpantang & menyusu Shaklee, jangan lupa tau. time baby kuning, jangan ambil sebarang herba & jugak alfalfa Shaklee k.



seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk ini, pm je saya ya... free consultation special utk uols saya sendiri dah hampir 2tahun consume set menyusu pakej D. ^_^

Ashikin | SID 883799 | 0139867967 | FB: Nor Ashikin Azahari| COD area Tawau-Semporna-Kalabakan | sayaeqin84@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan