_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 31 Disember 2013

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)


Assalamualaikum kawan2. Lamanya saya menyepi. Bukan sbb x rindukan uols, tapi priority pada family. Cuti sekolah kan dah berakhir. Selama di kampung, seronok betul saya 'mengenjin' semua makanan. kalah blender di dapur. Makan jer apa yang terlintas di otak ne. Pastu berat badan berjaya dinaikkan sebanyak 4kg..ehehe. Tapi BMI sy normal, kira ok la walaupun badan naik sikit. pagi ne jom kita sama2 kira BMI, then take action... kalo kurus betul, ada set tambah berat & kalau dah terlebih kenala borong set diet pasne. 

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): 

              Berat tubuh badan (KG)         
 Ketinggian (M)  x   Ketinggian (M)


Contoh : Jika berat badan anda 56 kg dan ketinggian anda 1.55 m Mula-mula, darabkan 1.55 dengan 1.55 bersamaan 2.4025. Kemudian 56 bahagikan  dengan 2.4025 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 23.31 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :


* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan ke atas, anda adalah obesiti

Jom, selamat mencuba...
Shikin | SID 883799 | 013-9867967 | FB : Nor Ashikin Azahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan