_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 9 Februari 2016

Panduan insan cemerlang

PESAN PAPA:

.
Anakanda buat lima perkara ini. Ia akan mengubah rentak hidup kita.
.
# 1. Bangun awal pagi. Mulakan hidup seawal jam 5 pagi. Semakin berusia semakin awal. Jadikan 4 pagi. Akhirnya dalam usia macam papa ,mulakan seawal jam 3 pagi. Raikan kesenyapan dengan menadah tangan atas sejadah pohon ampunan pada Allah. Sedekah juga awal pagi.
.
# 2. Minum air kosong. Banyak banyak. Air adalah sumber utama menghidupkan kita. Satu dari kesukaan papa adalah "air jabit". Rendam kismis dalam air. Sejukkan dalam peti ais. Minum awal pagi.
.
# 3. Apabila ambil sesuatu. Letak balik di tempat asal. Ianya memudahkan banyak perkara. Gantung pakaian yang mahu dipakai esok hari pada malam ini lagi. Ia menjadikan kita manusia yang tidak tergesa gesa.
.
# 4. Baca buku anakku. Baca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. Anakanda akan merasakan betapa luasnya cakerawala pandangan hidup, apabila usia menjangkau 40 tahun nanti. Simpan Jurnal Kejayaan Diri, Log Budi dan Catatan peristiwa hari hari.
.
# 5. Solat awal waktu. Alangkah lapangnya masa. Baca Al Quran sekurang kurangnya 20 muka surat sehari.


credit : FB Roslan Ab Hamid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan