_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 25 September 2013

Sedekah

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Apa khabar, anda sihat pagi ne? Syukur pada Allah sbb kita masih bernafas di pagi 25 September 2013. saya juga bersyukur kerana Allah masih memberi saya sedikit ruang untuk mencoretkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama kalian.

apa yang saya nak kongsikan pada pagi ini ialah berkenaan sedekah. Sudah lama sy berhajat nak berkongsi berkenaan topik ini dengan kalian. ini adalah hasil bacaan saya daripada buku di bawah.. Credit kepada pengarang kerana telah menghasilkan sebuah karya yang hebat.


------------------
dipetik daripada halaman 170 & 171

Kita dianjurkan bersedekah setiap hari. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis, Nabi Saw menerangkan pada setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi;

Yang satu menyeru, "Ya Tuhanku ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah."
Yang satu lagi menyeru , "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)". 
 (Riwayat Muslim)

Kini, kita faham mengapa orang yang suka bersedekah rezekinya bertambah-tambah. semakin kaya, semakin banyak sedekahnya, insyaAllah. Manakala orang yang kedekut, hartanya tidaklah semakin bertambah. Hakikatnya sedekah itu sebenarnya adalah perisai kepada harta. jika mahu selamat daripada bala, perbanyakkanlah bersedekah kerana sedekah itu menolak bala.

Justeru, bolehlah difikirkan sekarang.
 "Bagaimanakah caranya agar aku dapat bersedekah setiap hari?"

----------------------------
Haaaa..kawan2 faham kan apa yang saya kongsikan di atas. Sedekah yang paling senang ialah senyum. Senyum jer pada semua orang yang kita temui. hihi... pastu sedekah lah pada surau ker, masjid ker, orang minta sedekah ker, paling senang macam saya seorang guru, sedekah pada pelajar2 susah di sekolah... xsemestinya banyak..ikut kemampuan kita jer. sekadar perkongsian buat kita semua. selamat beramal...Jom sedekah!

#### iburizqyzahra ####

Tiada ulasan:

Catat Ulasan