Bentan
ni sangat ditakuti oleh ibu-ibu baru lepas bersalin kan, apa tidaknya bila dah
bentan pulak tu dalam keadaan masih berpantang mesti lah ianya sangat sukar
untuk ibu-ibu menguruskn bayi dengan sempurna. Saya masih belum pernah lagi
merasa bagaimana pengalaman bentan tu , syukur Alhamdulillah , tapi ada kawan-kawan
yang dah pernah terkena memang kesian bila dengar..ada yang demam sampai
menggigil-gigil , ada yang sakit urat seluruh badan.. jadi kalau boleh cuba la
sehabis upaya kita untuk berpantang dengan sempurna supaya dapat elakkan
masalah-masalah lain terutamanya bentan ni. Jom kita kenali serba sedikit pasal
bentan ini.
Jenis-jenis bentan
Bentan
urat
Badan
menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut
menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang
dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau
aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan
keadaan ini.
Bentan
urat peranakan/urat rahim
Sakit
di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan
tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak
ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan
bentan urat peranakan.
Bentan
urat besar (pinggang)
Urat
besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa
lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang
bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian
pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Ibu-ibu harus ambil langkah berjaga-jaga walaupun dihujung-hujung tempoh
berpantang, masih ada ibu yang terkena masalah bentan ni.
Maka
kalau boleh sepanjang berpantang tu cuba amalkan TIPS di bawah ni utk mengelakkan anda bentan.
Banyakkan
berehat selepas bersalin. Ibu
perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat
objek selain dari mengangkat bayi anda. Minta bantuan daripada suami atau
penjaga lain untuk membantu. Kita juga kalau boleh elakkan banyak berjalan
dikhuatiri ibu jari kaki terlanggar sesuatu yang keras yang akan mengakibatkan
masalah bentan dan tumpah darah.
Elakkan
jangkitan kuman ibu selepas bersalin mudah
mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi
kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan
kuman. Pastikan tuala wanita ditukar setiap beberapa jam sekiranya anda
rasa ia telah penuh atau setiap kali anda membuang air dan lap sehingga kering
bahagian luka anda.
Jaga pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu
pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu
berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin
dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air,
kubis, terung dan nangka muda.
Salam Sayang,
Shikin & Hafyz
0139867967
bahaya bentan ni, thanks untuk info
BalasPadam