_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 17 Disember 2015

Bagaimana mengawal berat badan semasa hamil?

Hari ni saya nak berentri pasal berat badan ketika hamil ni. Maklumlah, saya ada sejarah melahirkan bayi seberat 4.74kg secara normal. Dipendekkan cerita, doktor hanya dapat mengesahkan bayi saya seberat 4.1kg sewaktu usia kandungan sy 40 minggu 4 hari dan kenaikan berat badan saya hanya 20kg. Rasanya semua normal. Hihi... Tunggu masa nak induce, saya banyak berjalan dan makan suplemen betul-betul. Alhamdulillah saya dan bayi selamat walaupun semua orang terkejut dengan saiz bayi saya.


Untuk ibu hamil sebenarnya, nak jaga badan dah tentu mustahil. Jadi janganla bercita-cita untuk menjaga badan ketika mengandung. Nanti dah bersalin, susukan anak dengan betul, kuruslah balik. Penambahan berat badan ketika hamil ni normal sebab daripada penambahan berat badan ini la kita boleh tahu perkembangan anak tu normal atau pun tidak. Kalau berat badan tak naik memang bahaya. Sebab kita tak pasti sebenarnya anak dalam perut tu berkembang secara sihat atau pun tidak. Dapat nutrisi secukupnya atau pun tidak. Sebab tu penambahan berat badan penting. Yang lebih penting dah tentu penambahan berat badan tu hendaklah TERKAWAL.
Kalau diikutkan, penambahan berat badan sebanyak 15kg ke 16kg diperlukan sebab ada penambahan berat pada organ ibu yg sedang siap2 untuk menyokong proses kehamilan dan menyediakan simpanan tenaga untuk digunakan masa proses kelahiran nanti.
  • Pembesaran payudara misalnya adalah untuk menyediakan keperluan penyusuan selepas kelahiran. 
  • Pembesaran rahim adalah untuk menyediakan ruang pembesaran untuk bayi di dalam perut ibu. 
  • Pertambahan lemak dalam badan ibu pula untuk menyediakan simpanan tenaga untuk ibu ketika kelahiran.
Sebab tu jangan risau. Semua pembesaran tu ada keperluannya.
Macam mana nak dapatkan penambahan berat badan secara konsisten setiap bulan?
Mudah je sebenarnya. Tambah 300 kalori sehari dalam pengambilan makanan seharian kita. Makan makanan yg berkhasiat dan jangan lupa bersenam dengan cara yang selamat dan sihat yang dibenarkan ketika hamil. Jangan jadi macam saya, terpengaruh sangat dengan istilah “Makan untuk 2 orang”. Hehe. Tu semua alasan. Sebab kalau dijadikan alasan, maka kita akan makan ikut suka hati dan ikut selera tekak kita kan? Hehe.

Yang ni berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan biasa
Yang ni pulak berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan kembar

Cara kawal berat badan ketika hamil dengan Shaklee??
Mudah aje. Boleh ambil Omega Guard Shaklee. Minyak ikan ni kan bagus untuk perkembangan janin. Dalam masa yg sama boleh kontrol berat badan kita sekali. Kenapa saya cakap camtu?

Sebabnya minyak ikan ni bagus untuk metabolisme kita. Kalau nak tau, dengan mengambil minyak ikan ni, kita boleh tingkatkan metabolisme dalam badan kita. Makin kita berusia, kadar metabolisme kita akan berkurang kan. Kalau dah kita hamil, takkan la kita nak amik fat burner pulak untuk elakkan pembentukan lemak berlebihan. Hehe. Better amik Omega Guard ni. Nak tau apa dia kebaikan minyak ikan ni, boleh rujuk Omega Guard minyak ikan terbaik ni.
Lagi best kalau ada masalah tekanan darah tinggi masa mengandung ni, elok sangat la consume Omega Guard ni. Sebab Omega Guard bantu bersihkan saluran darah kita. Tersingkirlah timbunan kolesterol dalam saluran darah kita, Insya Allah. Selain itu, Omega juga baik untuk fungsi otak bayi. Jadi, tak rugi kan kita melabur sedikit wang untuk kebaikan kita dan bayi.

Nak tips??
Ibu hamil hanya perlukan sebiji Omega Guard sehari. Tak payah banyak pun. Pengambilan suplemen minyak ikan, apa jenis dan jenama sekali pun akan membuatkan kita rasa haus dan dalam sesetengah keadaaan bila kita kurang minum, bibir akan jadi kering. 
Sebab tu la ibu hamil digalakkan ambil air kosong secukupnya dan banyakkan ambik buah2an berserat. Sebabnya jugak, dalam masa yang sama, buah-buahan ni bagus sebab sebagai sumber serat, diorang boleh bantu kita menyerap lemak dan kolesterol yg dah dipecahkan oleh Omega tadi. Bila minum air yang cukup, senangla nak "angkut" bahan buangan keluar dari badan.
Semoga ibu-ibu semua dilindungi Allah.

Salam sayang,
Shikin & Hafyz, 0139867967
Shaklee Independent Distributor Kuala Terengganu & Tawau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan