Assalamualaikum kawan2...selamat pagi 2014. Sangat2 teruja rasanya utk berubah menjadi insan yang llebih diredhaiNya. Pagi ne hasil blogwalking, saya jatuh cinta dengan tulisan Princess berkenaan zikir dan wirid. Jom baca...
________________________
1. Apa itu zikir ?
2. Apa itu wirid ?
3. Apa perbezaan antara kedua2 nya ?
Haa. Tau tak apa perbezaan antara zikir
dan wirid? Hmm. sebab nampak macam same makne jer.. kn kn ? Siapa tau
angkat tangan :3 okay2.
1- ZIKIR dari segi istilah digunakan dengan makna mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau perbuatanNya atau hukumNya atau dengan membaca kitabNya atau dengan memohon dan berdoa kepadaNya atau dengan memujiNya dengan segala jenis puji-pujian.
(Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/221)
2- WIRID ialah amalan zikir harian yang ditetapkan oleh seseorang pada dirinya seperti pembacaan ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang tertentu atau zikir-zikir tertentu.
(Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/263, Lisanul Arab oleh ibn Mandzur)
3- Perbezaannya umum dan khusus;
kerana semua jenis wirid adalah berasal dari zikir dan amalan wirid
pula adalah khusus kepada seseorang dengan zikir yang tertentu.
ZIKIR HARIAN
WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy)
SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
Selamat beramal ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan