Assalamualaikum,
Saya Nor Ashikin bt Azahari, Shaklee Independent Distributor anda di Tawau, Sabah. Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
Shaklee ID: 883799 | sayaeqin84@yahoo.com| 0139867967| FB:Nor Ashikin Azahari
_______________________________________________________________________________________________ "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Assalamualaikum...salam sejahtera ibu-ibu cantik yang saya sanjungi....
2 hari lepas saya menerima panggilan daripada seorang ibu. Beliau menceritakan satu persatu masalah yang dihadapinya setelah mula kembali bekerja setelah habis cuti berpantang. Saya bertindak sebagai pendengar supaya hati ibu ini tidak dibebani dengan kerisauan yang menggunung memikirkan bayinya yang ditinggalkan di rumah. kesimpulan daripada cerita ibu ini, 3 masalah yang masih melingkarinya walaupun dia telah membeli 1 set penyusuan yang lengkap daripada saya.
3 Masalah Ibu Menyusu;
Susu masih sikit...tidak melimpah seperti yang diwar-warkan oleh iklan penjual suplemen
Nafsu makan tinggi
Tiada masa untuk mengepam - terpaksa bagi susu formula
Saya
percaya, semua ibu mempunyai naluri yang sangat tinggi untuk memberikan
yang terbaik untuk anaknya. Apatahlagi anak yang baru menjengah dunia.
Anak yang tidak tahu apa2 lagi di dunia ini. Anak seperti kain putih.
Kitala yang bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik semampu kita.
Secara fitrahnya, anak sangat sayangkan ibunya. Seorang anak kenal
suara ibunya sejak dari alam rahim lagi. Setelah lahir, ibu memberikan
kasih sayang sepenuhnya kepada si anak. Namun, adakah pernah kita
terfikir? Apakah susu terbaik untuk anak? Susu ibu atau susu formula?
Kalau kita tengok di tin susu formula ni, ade statement kat situ yang
susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi anda. Jadi kenapa ada ibu
yang memilih untuk berikan susu formula untuk anak? Ini jawapan yang
selalu saya dengar. ‘ Susu saya sikitla. Mana mampu nak susukan anak
dengan susu sendiri.’ ‘Malasla,leceh.’. Penyelesaian Masalah Ibu Menyusu
Ni
kerana si ibu tak tahu mana nak cari jalan keluar dari masalah ni.
Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyusukan anak kedua saya sejak lahir lagi. Dan kemudian saya teruskan penyusuan
sampaila sekarang. Saya menggunakan vitamin Shaklee Vitalea, Vit C, B Complex, ESP, Ostematrix dan Alfafa untuk membekalkan tenaga yang mencukupi kepada saya dan vitamin terbaik untuk si manja saya. Semua jenis vitamin
ini sangat membantu dalam penyusuan saya apabila saya ikuti 3 syarat
ini:
1.
Pastikan anak disusukan sekerap mungkin dengan tujuan untuk
mengosongkan payudara dan sewaktu bekerja, saya pastikan untuk membuat
sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam iaitu jam 9.30 am, 12.30am dan
3.30pm. Saya cuba sebaik mungkin untuk mengepam susu pada masa yang
sama. Susu akan disupply mengikut demand. Jika kerap payudara
dikosongkan, makin banyaklah susu dihasilkan.
2.
Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 Liter sehari sangat penting bagi
ibu menyusu. Tambahan pula kepada ibu-ibu yang mengambil vitamin
Shaklee. Ini kerana dengan pengambilan vitamin, darah kita menjadi
pekat. Air diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah. Saya
menyediakan botol minuman dengan sukatan 1 liter dan diisi sebanyak 3
kali untuk tempoh seharian di pejabat.
3.
Doa. Ia adalah senjata bagi orang mukmin. Saya pastikan zikir dan
mengaji setiap hari juga diamalkan. Rezeki itu diberikan oleh Allah.
Kita sebagai makhluk hanya berusaha.
credit ; Master Nur Zahirah & Master Nur Laila
selepas kami bersembang panjang...si ibu turut merasa tenang & gembira kerana masalahnya terungkai. saya doakan agar ibu ini diberi kekuatan & ketabahan dalam menyusukan si manjanya.
ibu-ibu yang saya sayangi, jika anda mengalami masalah dalam penyusuan..saya persilakan anda untuk berkongsi masalah bersama untuk kita sama-sama ikhtiarkan mencari jalan penyelesaian.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih berpeluang untuk mencari ilmu dan kongsikan lagi bersama kalian, pembaca budiman yang tidak pernah jemu untuk berkunjung ke teratak saya. Pagi ini saya berkunjung ke sebuah blog yang penuh informasi, Oh! Dakwah. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah putus daripada melakukan kesilapan. Disebabkan itulah saya sendiri dan kalian semua juga perlu belajar dan mengamalkan solat sunat taubat ini kerana kita tidak tahu saat bilakah kita akan dijemput untuk kembali kepada yang Maha Pencipta. Semoga kita dapat sama-sama beramal dengan ilmu yang dikongsikan ini.
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan
kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya
bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan
itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka
yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap
dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon
keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan
mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf
dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka
akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila
masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana
suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Daku
memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta
tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
Ya
Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku
mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku
mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang
mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku
memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi
Maha Mengurus!
Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa
yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak
mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang
Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya
Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih
dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat
kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan
mengulanginya.
Ya
Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan
pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.
Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku
sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka
berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya
Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku
dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang!
Salam sahabat semua....entri ini mungkin cukup ringkas tapi saya mewakili semua isteri di dunia untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua suami yang banyak berkorban jiwa dan raga sepanjang melayan kerenah isteri yang sedang hamil.
Seperti saya, banyak kerenah pelik & di luar jangkaan. Emosi tak stabil... Semua yang berlaku kadang-kadang merimaskan si suami... Syukur suamiku sangat memahami... Tq Abang... NoorMohd Hafiz bin Mohd Noor....
Semoga Allah merahmati pengorbanan suamiku... & semua insan bergelar suami...
Assalamualaikum kawan2. pagi ne sambil2 blogwalking saya terjumpa nukilan yang sangat lengkap tentag set bersalin. terima kasih pada master Salwa, yang menyediakan entri lengkap ini. Jom kita baca sama2
-------------------------------------
Hari ni ramai ibu berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee
kan? Alhamdulillah seronok sangat perasaan saya dengan perkembangan
sihat ni. Teringat pengalaman masa tahun 1997 , kali pertama
saya tengok orang berpantang tak makan jamu tapi dengan Set Bersalin Shaklee
Tahun 1997 – masa tu makcik saya yang cantik jelita baru lepas bersalin anak kelima. Masa kitorang pergi ziarah makcik tengah berpantang tu, agak hairan sebab rumahnya takde bau jamu atau bau herba….senang cerita macam takde orang berpantang le masa tu kat rumah tu.
Bila masuk bilik tengok makcik, masa tu lagi le terkejut. Biasanya makcik saya ni lepas bersalin
sangat pucat dan nampak sangat sakit. Tapi masa tu saya tengok muka
makcik saya merah dan makcik saya nampak fresh takde pun macam sebelum2
ni macam mama bosan je lepas bersalin.
Mak saya pun macam terkagum lah kejap tengok perbezaan itu. selidik punya selidik dapat le tahu makcik saya berpantang tak ikut adat melayu…haaa.agak bising jugak le arwah opah saya masa tu…orang lain makan jamu, makcik saya makan Set Bersalin Shaklee…hihihi
Tapi disebalik makcik saya membuat kejutan dengan berpantang tanpa
herba dan jamu itu, ramai yang kagum bila makcik saya yang selama ni 4
orang anaknya takde yang breastfeed, alhamdulillah anak kelima tu
berjaya menyusu penuh sampai 2 tahun lebih.
Masa tu memang arwah opah saya teruja dan kagum sangat sebab dari
sebelum ni susu takde langsung masa dalam pantang, berubah jadi banyak susu sampai dapat breastfeed full sehingga 2 tahun lebih.
Kejayaan makcik saya ni menyusu dengang susu ibu
sampai 2 tahun menjadi inspirasi pula kepada makcik2 saya yang lain,
zaman dulu mana ada orang perah susu bagai kan? Tapi makcik2 saya dah
buat semua tu, guna pam pureen RM7 je masa tu namun berjaya perah susu.
Tak payah Medela Freestyle bagai…hehehe
Anak kelima makcik saya tu pulak lahir sangatlah cantik bersih
kulitnya. Takde pun kena kuning masa tu. Saya teringat masa dia umur 2
tahun tak silap, nursery tempat dia dijaga tu kena wabak chicken pox. So
sepupu saya ni pun turut kena la jugak masa tu, tapi alhamdulillah
kejap je dalam 2 minggu dah sembuh.
Makcik saya kata masatu untung sebab dia masih breastfeed anak dia tu, so makcik saya makan Vitamin C Shaklee banyak sikit, dan lebihkan sikit Instant Protein (hari ni namanya ESP Shaklee) lepas tu Vitamin E Shaklee tu makcik saya sapu ke kulit baby, alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah elok dari chicken pox.
Itulah pengalaman saya melihat makcik saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Tapi masa tu takde la orang panggil Set Bersalin Shaklee. Masa tu orang sebut Vitamin Shaklee je.Sekarang ni je yang di branding jadi Set Bersalin Shaklee la, Set Berpantang Shaklee la, ada Premium bagai,sebenarnya bendanya Vitamin Shaklee aje…hehehe
Oleh kerana pengalaman saya melihat makcik berpantang guna Vitamin
Shaklee je, jadi saya pun terikut dengan setting dalam kepala nak makan Shaklee lepas bersalin.
Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee
Bila saya tahu saya pregnant, memang dalam kepala terus fikir nak teruskan ambil vitamin Shaklee untuk ibu hamil. Takde langsung terfikir nak ambil prenatal vitamins dari klinik.
Dan bila dah bersalin, saya teruskan makan Vitamin Shaklee sepanjang berpantang. Kalau nak cerita pengalaman saya berpantang, memang langsung tak macam orang berpantang, hehehe.
Dah suami saya yang jaga, sebab mak masih kerja tak boleh cuti
lama. Kadang-kadang suami beli je makanan dari kedai untuk bagi saya
makan…
Oh nooo mesti ada orang terkejut kan? hehehe jangan risau,
alhamdulillah disebalik keganasan saya berpantang ala cowboy tu, tak
disangka-sangka lepas saya dah bersalin anak keempat haritu, bidan urut puji katanya :
Dik badan kau ni eloklah tak kembang walau dah anak 4
hihihi….terkembang sekejap masa tu sebab tak sangka dah la baru 3 hari bersalin masa tu….hihi, alhamdulillah ^_^
uiks segannya nak cerita kan? yelah bukan orang perempuan je baca blog ni…. tapi nak share pengalaman, tulis jugak lah mana tahu ada orang yang lalui pengalaman
sama macam saya, so jangan risau walau kita pantang ala cowboy, badan
tetap maintain luar dalam tip tiop bak anak dara gitu,inshaaALLAH…(hihi
malunyaaa)
Satu lagi insiden ialah masa nak check adakah ada tertinggal uri dalam rahim sebab saya kan bersalin secara gentle homebirth di rumah sendiri, masa ni hari keempat lepas bersalin.
Doctor pakar sakit puan tu pun beri pujian yang lebih kurang sama
dengan bidan semalam tu. Gynae masa tu periksa dengan scan ultrasound
lagi, sambil memuji,
baguslah rahim kemas tak kembang
alhamdulillah
saat itu, memang rahim tak kembang tapi hatiku kembang berbunga-bunga gitu…alhamdulillah ^_^
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya dengan makcik saya yang berpantang denganSet Bersalin Shaklee ni. Nak kata best tu biarlah pembaca nilaikan sendiri dari pengalaman kami yang ciput ini sejak tahun 1997 sehingga hari ini.
Kalau dah bidan dan doktor gynae sendiri pun authorized kata badan dan rahim luar dalam tip top walau baru 3 hari bersalin,
rasanya dah cukup untuk buktikan Vitamin Shaklee ni memang berfaedah
dan terbaik lah untuk maktang-maktang ni (maktang itu singkatan mak
berpantang…tah sapa yang mulakan kat FB saya ikut aje…hhihihi)
Set Bersalin Shaklee memang Terbaik
Biasanya soalan2 yang ditanyakan kepada kami tentang Set Bersalin Shaklee ni adalah dalam 7 jenis soalan ni. Saya share kan kat sini mana tahu ada yang mempunyai persoalan yang sama dalam fikiran 1) Bila masa sesuai untuk mula makan Set Bersalin Shaklee? – Pengalaman
saya sendiri, lepas je bersalin terus minum 3 sudu ESP bancuh dengan
air suhu bilik lepas tu makan 10 biji alfalfa terus…Alhamdulillah lepas
tu nak tau apa jadi? Susu masuk dengan jayanya sampai 5 hari engorge
2) Adakah selamat untuk ibu menyusu dan babynya?Alhamdulillah
setakat yang saya sendiri pernah alami sejak tahun 1997 sampai
sekarang, ibu menyusu pun selamat, baby yang menyusu terlebih selamat
lagi sebab sepanjang pengalaman sya maktang yang makan Set Bersalin
Shaklee ni anaknya tak kena jaundice kalau cara makannya betul.
3) Adakah sesuai untuk ibu yang berpantang lepas bersalin secara pembedahan cesarean – Saya
takde pengalaman bersalin secara czer / pembedahan. Begitu juga makcik
saya. Alhamdulillah kami semua bersalin secara normal. Tapi ada kawan
saya yang ada pengalaman 3 kali bersalin secara pembedahan dan
menggunakan Set Bersalin Shaklee. Mungkin lebih baik dapatkan makulamt
dari pengalaman kawan saya ni
4) Berapa Harga Set Bersalin Shaklee – Kalau saya kata tak mahal kang orang kata saya propa, boleh ke kalau saya buat perbandingan sikit? kalau Set Bersalin Tanamera tu harganya RM300+ untuk 44 hari, Set Bersalin Nona Roguy RM300 untuk 40 hari, kalau dikira ikut bilangan hari lah kan Harga Set Bersalin Shaklee ialah RM170 untuk 30 hari. Murah ke murah? Itu belum kira harga Ahli lagi tu…hehehe
5) Boleh ke beli dengan harga Ahli? Boleh le sayang kalau dah berdaftar jadi ahli
6) Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain?
Kalau nak pandangan peribadai saya, berdasarkan pengalaman, kitorang
takde amik jamu semua ni alhamdulillah makan Set Bersalin Shaklee je pun
tetap tip top la apa yang patut dan bantu jugak banyakkan susu.
7) Cara Makan Set Bersalin Shaklee ni macam mana? –Senang je cara makannya, tak rumit pun. Ikut je cara yang diberikan sekali semasa pembelian
Pakej Set Bersalin Shaklee – ada ke pakej?
Pengalaman ibu bersalin ni ada macam-macam. Ada yang
smooth normal, ada yang kena cesarean atau pembedahan czer kata orang
kita. Belum cerita lagi pengalaman bersalin dengan Epidural lagi, yang
kena vacuum lagi, forcep lagi….
Kita dengan je pun dah pening kan, banyaknya cara kelahiran berlaku.
Apatah lagi ibu yang mengalami. Sebab tulah keperluan seorang mak dengan
mak yang lain semestinya tak sama.
Dengan adanya Pakej Set Bersalin Shaklee mak-mak
yang berpantang bolehlah pilih vitamin apa yang mereka perlu ambil
untuk rawatan diri masa dalam pantang nanti, berdasarkan apa keperluan
mereka.
Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Berpantang komen dari Doktor
Kalau nak cerita tentang pengalaman guna Set Bersalin Shaklee
alhamdulillah memang kami boleh buat 9 ebook dari pengalaman saya dengan
makcik. Tapi kita nak pakai produk masa dalam pantang ni bukan saja
perlukan cerita pengalaman dari orang yang dah berjaya guna, tapi yang
lebih penting tentulah apa kata doktor.
Setakat ni ada ke agaknya Set Bersalin yang mendapat ulasan doktor
perubatan tentang adakah selamat atau tidak untuk guna masa dalam
pantang dan masa menyusu? Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee ada Dr Zubaidi ada tulis artikel tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee untuk Ibu Berpantang.
Saya sebagai ibu sangat faham kegusaran hati mak mak berpantang nak
ambil produk sebarangan. Ye lah kita ni fikir menyusu anak lagi, kalau
silap makan boleh baby kembung atau kuning. Atau kita sendiri pulak
dapat bentan ke kan? Nauzubillah.
So dengan penerangan Doktor perubatan dan pengalaman kami, rasanya
cukup kuat dah membuktikan Set Bersalin Shaklee ni Terbaik dan Selamat.
Tengok Dr Hamid Arshat pun recommend Vitamin untuk lepas bersalin. best
betul Shaklee ni kan?
Testimoni Set Bersalin Shaklee – pengalaman ibu bersalin pembedahan
Testimoni Set Bersalin Shaklee yang
dikongsikan oleh customer kami yang happy adalah sangat banyak, sejak
May 2013 mereka share pengalaman mereka guna Shaklee masa berpantang. Ni
antara pengalaman dan review paling manis sekali dari customer kami
yang cantik puan Diana Joseph.
Harga Set Bersalin Shaklee
Harga Set Bersalin Shaklee di Malaysia adalah antara
yang termurah antara semua Set Bersalin yang ada dalam negara kita. Kat
atas tadi saya ada buat perbandingan dengan 2 jenama Set Bersalin
terkenal iaitu Set Bersalin Tanamera dan Set Bersalin Nona Roguy.
Kalau berdaftar secara sah dengan Shaklee boleh dapat Harga Set Bersalin Shakleeyang jauh lebih murah dari harga biasa. Nak Daftar jadi Ahli Shaklee pun tak mahal hanya RM75 seumur hidup.
Bagaimana Cara Makan Set Bersalin Shaklee Yang Berkesan?
Saya tau ramai juga yang dah beli Set Bersalin Shaklee ni mencari maklumat tentang Cara Makan Set Bersalin Shaklee. Apa yang boleh saya share ialah cara makan Shaklee ni takdelah complicated mana pun.
Yang mana kalau kita tersalah cara makan pun takkan membawa
kemudharatan atau bahaya so janganlah risau ye. Follow je apa yang
seller atau Pengedar Shaklee kita dah bagitau. InshaaALLAH berkesan
juga. Jangan gusar ya maktang
Sebelum nak akhiri sharing saya yang panjang lebar ni, saya suka nak
share pengalaman ibu berpantang selain saya yang gunakan Set Bersalin
Shaklee. Antaranya kak Mia, seorang business Owner yang memiliki
perniagaan butik stroller baby yang juga merupakan seorang lecturer di
sebuah universiti.
Kak Mia yang duduk kat Bangi ni sangat teruja dengan pengalaman manis
menggunakan Set Bersalin Shaklee. Wah baru saya perasan dah setahun dah
review ni…wah terharu la pulak…huhuhu
Seronok kan baca sharing mereka. Saya pun sangat bahagia bila
mendapat feedback dari mereka ini. Kesemua pengguna di atas mendapat
kesan positif yang amat memuaskan hati adalah kerana mereka menerima
bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan unik mengikut
permasalahn dan keperluan individu.
Of course la kena unik kan? Sebab setiap wanita dan Ibu adlah unik,
dan memerlukan panduan yang berbeza mengikut keperluan dan isu
masing-masing Di sini kami meraikan keunikan setiap ibu
Harapan saya semoga perkongsian pengalaman kami sepanjang menggunakan
Set Bersalin Shaklee ni menjadi panduan yang berguna untuk pada ibu
yang sedang mendapatkan maklumat berkenaan Vitamin Shaklee ini.
Salam sayang dan jumpa lagi ya ibu
--------------------------
yes.... menarik kan.... so ibu2 yang tercari2 set bersalin lengkap untuk berpantang menyusukan nanti, apa kata ibu2 call saya untuk perbincangan lebih lanjut. konsultasi percuma je...
Assalamualaikum kawan2. Selamat pagi....
pagi2 begini, jom Kita zikir dengan nama2 Allah. Tak susah pun.sambil2 buat kerja rumah, sambil2 memandu, sambil2 masak pun boleh berzikir.
DEngan hanya berzikir, Kita dapat mewujudkan suatu aura positif dalam diri seterusnya memberi ketenangan kepada Kita dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Antara zikir yang paling berkesan ialah zikir Asmaul Husna.
" Allah mempunyai Asmaul Husna, bermohonlah kepadanya dengan menyebut Asmaul Husna itu" (Surah Al-A'raf, ayat 180)
Contohnya Kita memohon sesuatu daripada Allah. Oleh itu nama Allh yang berkaitan ialah Al-Wahhab. Untuk tujuan zikir tukarkan Al kepada Ya. Zikirnya akan berbunyi Ya Wahhab (wahai Allah yang Maha Memberi)... Bacalah sebanyak manapun setiap pagi petang mahupun malam.
Selamat beramal....
Gambar & olahan isi adalah hasil bacaan saya daripada buku Law of Universal Attraction. Terima kasih penulis atas hasil karya yang sangat padat & mudah difahami.(Abaikan model yang baru bangun tidur datang mengacau ibu ^_^)
Salam kawan2. Semangat bangun kul 1 pagi nak update blog & blog walking.. Tengok anak2 syurga tidur, teringat saya dengan vitamin2 dorang. Jom Kita share apa2 yang patut untuk anak2 yang tengah membesar Ne.
Saya rasa sangat bersalah tau pada anak2... Disebabkan kerja kadang2 masa dengan dorang sangat limited. Makan pakai dorang ala kadar. Semua serah pada pengasuh. Takut sangat kasih sayang dorang lebih pada ibu ayah pengasuh. Sebab tu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan yang terbaik buat anak2.
Haaaa.... Sebab utama saya buat Shaklee. Sebab saya nak WAHM... Besarkan anak2 depan mata. InsyaAllah kawan2 tolong doakan saya.
Seterusnya sebab saya nak berikan suplemen terbaik untuk anak2 saya. Suplemen yang berkesan, Selamat & semulajadi.
Di sini saya nak share sedikit perkongsian mengenai Omega Guard Shaklee. Tak sia-sia saya mengambil omega sepanjang menyusukan anak. Si Abang yang tak menyusu badan saya direct bagi dia telan. Picit kapsul & terus ke mulut dorang. Saya perhatikan kedua2 anak saya "cepat tangkap". Seawal usia 2tahun, dorang bleh ikut & hafal zikir2 di Astro Oasis. Nampak tulisan, zikir belum start dia dah sebut tu zikir apa. Mudahan la ini sebagai permulaan yang baik untuk anak2 syurga saya.
Setakat Ne dulu. Jom layan sharing2 kawan2 saya mengenai omega. Bulan Ne promosi Omega tau. Jangan lepaskan peluang.... Seisi keluarga perlukan omega Ne. Cakap je tak guna tau. Kalau sayang, bagila bukti. Terus angkut 1 set 6+1 utk parents, isteri/suami & anak2 ^_^
Salam kawan2. . lama tak bersua kan? Apa khabar semua? Saya doakan semua sahabat saya sentiasa sihat & dilindungiNya walau di mana kalian berada.
Ok pagi Ne topik Kita "bagaimana nak dapat keahlian percuma dalam Shaklee"
Haaaaa ramai yang tertanya-tanya. Kononnya tak cukup duit nak join Shaklee. Jangan risau... Mudah sangat kalau anda takda modal RM65 tu. Banyak sangat caranya..
Bukan anda yang kena beli semua Ne. Pm saya, nanti saya tunjukkan jalan. Bulan Ne special jugak. 1 jalan lagi untuk dapatkan keahlian percuma....
Meh cepat2 pm saya. Saya hanya nak fokus pada 3-5 orang sahaja bulan ini untuk dibantu. Jommmmmm.....
Mulakan hari ini supaya kita tidak membazir waktu yang ada....
teringat saya pada sorang kawan... bukan main dia gembira bila krim ne keluar di pasaran. saya pun teringin juga kan mengetahui asbab si kawan ne melompat-lompat kegembiraan.
rupa-rupanya krim ne sangat best. kenapa? semua ahli keluarga boleh menggunakannya. saya sikit pun tidak menyesal menggunakan krim ne. sudahla harganya murah, hanya RM27.50 untuk 1 tiub, saya sekeluarga dah pakai krim ne lebih 2 bulan. bayangkan sebelum ne krim untuk ruam anak2 dah mencecah rm15, utk gigitan serangga krim M bharga rm10, untuk tumit kaki saya yang pecah, untuk gatal2 anak2 memang lebih RM50 sebulan... haaaa sekarang dah ada krim multi purpose ne senang. jimat belanja. hihihi
jom kawan-kawan... buatlah pilihan bijak untuk kegunaan kita sekeluarga.
anak2 ceria, ibu bapa gembira, keluarga bahagia....
Assalamualaikum kawan-kawan....
Malam ne saya nak berkongsi cara saya menyediakan laksa Penang @ asam laksa cik yah. Siapa cik yah? Cik yah Ne ialah Mak cik saya. Adik pada emak.Dulu saya tak minat pun laksa Penang Ne. Anak jati Terengganu kan.saya hanya makan laksa kuah putih. Xpedas... Hihi.
Bila selalu saya ke rumah cik yah, selalu tolong dia, cik yah nasihatkan saya supaya saya belajar buat kuah laksa penang memandangkan boyfren saya a.k.a suami ku yang tersayang amat menyukai laksa Penang Ne. Panjang pulak intro. Ok. Jom Kita tengok bahan2 Dan cara penyediaan laksa Penang Ne. OK...tp gambar2 lampiran Ne adalah penyediaan kuah laksa menggunakan 3kg ikan.
Tadaaaa....dah siap. Sedia untuk dihidangkan...
Selamat mencuba...
Resepi Ne bahan-bahannya hanya secara general. Saya masak main campak2.. So kalau perlukan tutorial tambahan, call saya ok. ;-)
Shikin, 0139867967
Credit ; Cik Yah Cik Man, Kafe La Nansa Bukit Jelutong
Syukur ke hadrat ilahi, saya dapat bertemu lagi dengan anda di Alam Maya ini. Satu nikmat yang terindah buat Kita yang bergelar HambaNya.
Sesungguhnya kita khalifah terhebat.semoga
Kita sentiasa istiqamah dalam melaksanakan tangungjawab & ibadah kepada Allah. Jom zikir,
La ilahailla Allah, subhanalahh, alhamdulillah, Allahu Akbar.
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Assalamualaikum...
Mungkin apa yang anda tafsirkan daripada gambar yang akan saya lampirkan nanti berbeza. Tapi inilah hakikat kami seorang guru. Seorang guru yang perlu mendidik lebih 30 pelajar dalam satu masa.
Ditakdirkan saya menerima jadual waktu untuk mengajar Matematik Ting 2C pada tahun ini. Alaaaa 1 kelas je Cikgu.eya, memang 1 kelas tapi 30 pelajar mempunyai 30 perangai. Dapat pula jadual saya pada hari Isnin, 2 Kali saya bersama mereka.
Sesi pertama ; pukul 12.30-1.40 petang
Sesi kedua ; pukul 5.25-5.55 petang
Di Tawau sekarang, pukul 6.15 petang dah masuk waktu maghrib tau.. Jadi, saya perlu lebih kesabaran ketika mengendalikan mereka pada sesi kedua(waktu terakhir sebelum pulang)... Haaaa di sini la mereka dah bosan, mereka nak mengintai kawan-kawan main di padang, mereka nak pulang awal...adeeehhhhh pening Mak.
Penyelesaiannya...tadaaaaaaaa..... Saya bawak mereka bersantai-santai. Masih lagi belajar, masih lagi buat PBS, masih lagi saya perlu mengawasi mereka tapi kami sama2 duduk di lantai. Sambil-sambil menyiapkan kerja, pelajar bebas berkongsi pendapat,& bercerita bersama saya kerana saya seorang guru pun duduk di lantai separas mereka... Masa Ne mereka seronok... Tidak terikat dengan meja kerusi, papan tulis di kelas... Jadi otak pelajar tidak terbeban walaupun sudah ke penghujung hari.
Ini sahajalah coretan saya pada pagi ini. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang dahagakan Ilmu seperti mereka. Semoga usaha saya diberkati Allah & saya harapkan segala Ilmu yang diajar akan membantu anak-anak didik saya untuk berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat sana...
Saya dalam perjalanan menghantar kereta seorang kawan. Setiap Kali cuti, kami la yang biasa menjaga kereta ini. Alkisahnya, suami singgah di Kedai runcit. Saya & anak hanya menunggu di tepi jalan. Biarla ayahnya yang parking di dalam.
Anak kecil ini memerhatikan sekeliling sepanjang perjalanan. Bila berhenti, tingkap dibuka & dia hanya mengucapkan "Ya Allah, banyaknya anjing"... Saya mengarahkan dia menutup cermin kereta. Lalu keluar lagi ucapan... Babai Kakak, babai makcik, babai anjing....
Rupa-rupanya ada Di situ mak cik & anaknya menunggu bas.. Walaupun tidak mengenali, sikap anak syurga ini cukup menyentuh perasaan saya. Tanpa sedar air mata saya mengalir... Sungguh suci hati anak syurga ini. Semoga Kita pun memiliki hati sesuci anak-anak syurga ini.
Maafkan saya jika tidak menegur sesiapa sahaja yang mengenali saya selama ini. Jika terserempak di mana-mana, tegurlah saya supaya ukhuwwah yang terjalin di alam Maya ini akan lebih utuh.