2 hari lepas saya menerima panggilan daripada seorang ibu. Beliau menceritakan satu persatu masalah yang dihadapinya setelah mula kembali bekerja setelah habis cuti berpantang. Saya bertindak sebagai pendengar supaya hati ibu ini tidak dibebani dengan kerisauan yang menggunung memikirkan bayinya yang ditinggalkan di rumah. kesimpulan daripada cerita ibu ini, 3 masalah yang masih melingkarinya walaupun dia telah membeli 1 set penyusuan yang lengkap daripada saya.
3 Masalah Ibu Menyusu;
- Susu masih sikit...tidak melimpah seperti yang diwar-warkan oleh iklan penjual suplemen
- Nafsu makan tinggi
- Tiada masa untuk mengepam - terpaksa bagi susu formula
Saya percaya, semua ibu mempunyai naluri yang sangat tinggi untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Apatahlagi anak yang baru menjengah dunia. Anak yang tidak tahu apa2 lagi di dunia ini. Anak seperti kain putih. Kitala yang bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik semampu kita. Secara fitrahnya, anak sangat sayangkan ibunya. Seorang anak kenal suara ibunya sejak dari alam rahim lagi. Setelah lahir, ibu memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada si anak. Namun, adakah pernah kita terfikir? Apakah susu terbaik untuk anak? Susu ibu atau susu formula? Kalau kita tengok di tin susu formula ni, ade statement kat situ yang susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi anda. Jadi kenapa ada ibu yang memilih untuk berikan susu formula untuk anak? Ini jawapan yang selalu saya dengar. ‘ Susu saya sikitla. Mana mampu nak susukan anak dengan susu sendiri.’ ‘Malasla,leceh.’.
Penyelesaian Masalah Ibu Menyusu
Ni kerana si ibu tak tahu mana nak cari jalan keluar dari masalah ni. Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyusukan anak kedua saya sejak lahir lagi. Dan kemudian saya teruskan penyusuan sampaila sekarang. Saya menggunakan vitamin Shaklee Vitalea, Vit C, B Complex, ESP, Ostematrix dan Alfafa untuk membekalkan tenaga yang mencukupi kepada saya dan vitamin terbaik untuk si manja saya. Semua jenis vitamin ini sangat membantu dalam penyusuan saya apabila saya ikuti 3 syarat ini:
1. Pastikan anak disusukan sekerap mungkin dengan tujuan untuk mengosongkan payudara dan sewaktu bekerja, saya pastikan untuk membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam iaitu jam 9.30 am, 12.30am dan 3.30pm. Saya cuba sebaik mungkin untuk mengepam susu pada masa yang sama. Susu akan disupply mengikut demand. Jika kerap payudara dikosongkan, makin banyaklah susu dihasilkan.
2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 Liter sehari sangat penting bagi ibu menyusu. Tambahan pula kepada ibu-ibu yang mengambil vitamin Shaklee. Ini kerana dengan pengambilan vitamin, darah kita menjadi pekat. Air diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah. Saya menyediakan botol minuman dengan sukatan 1 liter dan diisi sebanyak 3 kali untuk tempoh seharian di pejabat.
3. Doa. Ia adalah senjata bagi orang mukmin. Saya pastikan zikir dan mengaji setiap hari juga diamalkan. Rezeki itu diberikan oleh Allah. Kita sebagai makhluk hanya berusaha.
credit ; Master Nur Zahirah & Master Nur Laila
selepas kami bersembang panjang...si ibu turut merasa tenang & gembira kerana masalahnya terungkai. saya doakan agar ibu ini diberi kekuatan & ketabahan dalam menyusukan si manjanya.
ibu-ibu yang saya sayangi, jika anda mengalami masalah dalam penyusuan..saya persilakan anda untuk berkongsi masalah bersama untuk kita sama-sama ikhtiarkan mencari jalan penyelesaian.
Salam Sayang,
Shikin | SID 883799 | 0139867967 | COD Tawau-Semporna | FB ; Nor Ashikin Azahari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan