_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 7 November 2014

Set bersalin terbaek!!!!

Assalamualaikum kawan2. pagi ne sambil2 blogwalking saya terjumpa nukilan yang sangat lengkap tentag set bersalin. terima kasih pada master Salwa, yang menyediakan entri lengkap ini. Jom kita baca sama2
-------------------------------------
Hari ni ramai ibu berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee kan? Alhamdulillah seronok sangat perasaan saya dengan perkembangan sihat ni. Teringat  pengalaman masa tahun 1997 , kali pertama saya tengok orang berpantang tak makan jamu tapi dengan Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Ni Mak Uda saya, pengguna Set Bersalin Shaklee sejak 1997. Ni gambar mak uda saya hari ni @ 52 tahun…cun melecun kan?


Tahun 1997 – masa tu makcik saya yang  cantik jelita baru lepas bersalin anak kelima. Masa kitorang pergi ziarah makcik tengah berpantang tu, agak hairan sebab rumahnya takde bau jamu atau bau herba….senang cerita macam takde orang berpantang le masa tu kat rumah tu.

Bila masuk bilik tengok makcik, masa tu lagi le terkejut. Biasanya makcik saya ni lepas bersalin sangat pucat dan nampak sangat sakit. Tapi masa tu saya tengok muka makcik saya merah dan makcik saya nampak fresh takde pun macam sebelum2 ni macam mama bosan je lepas bersalin.

Mak saya pun macam terkagum lah kejap tengok perbezaan itu. selidik punya selidik dapat le tahu makcik saya berpantang tak ikut adat melayu…haaa.agak bising jugak le arwah opah saya masa tu…orang lain makan jamu, makcik saya makan Set Bersalin Shaklee…hihihi

Tapi disebalik makcik saya membuat kejutan dengan berpantang tanpa herba dan jamu itu, ramai yang kagum bila makcik saya yang selama ni 4 orang anaknya takde yang breastfeed, alhamdulillah anak kelima tu berjaya menyusu penuh sampai 2 tahun lebih.
Masa tu memang arwah opah saya teruja dan kagum sangat sebab dari sebelum ni susu takde langsung masa dalam pantang, berubah jadi banyak susu sampai dapat breastfeed full sehingga 2 tahun lebih.

Kejayaan makcik saya ni menyusu dengang susu ibu sampai 2 tahun menjadi inspirasi pula kepada makcik2 saya yang lain, zaman dulu mana ada orang perah susu bagai kan? Tapi makcik2 saya dah buat semua tu, guna pam pureen RM7 je masa tu namun berjaya perah susu. Tak payah Medela Freestyle bagai…hehehe

Anak kelima makcik saya tu pulak lahir sangatlah cantik bersih kulitnya. Takde pun kena kuning masa tu. Saya teringat masa dia umur 2 tahun tak silap, nursery tempat dia dijaga tu kena wabak chicken pox. So sepupu saya ni pun turut kena la jugak masa tu, tapi alhamdulillah kejap je dalam 2 minggu dah sembuh.

Makcik saya kata masatu untung sebab dia masih breastfeed anak dia tu, so makcik saya makan Vitamin C Shaklee banyak sikit, dan lebihkan sikit Instant Protein (hari ni namanya ESP Shaklee) lepas tu Vitamin E Shaklee tu makcik saya sapu ke kulit baby, alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah elok dari chicken pox.

Itulah pengalaman saya melihat makcik saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Tapi masa tu takde la orang panggil Set Bersalin Shaklee. Masa tu orang sebut Vitamin Shaklee je.Sekarang ni je yang di branding jadi Set Bersalin Shaklee la, Set Berpantang Shaklee la, ada Premium bagai,sebenarnya bendanya Vitamin Shaklee aje…hehehe

Oleh kerana pengalaman saya melihat makcik berpantang guna Vitamin Shaklee je, jadi saya pun terikut dengan setting dalam kepala nak makan Shaklee lepas bersalin.


Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee

Bila saya tahu saya pregnant, memang dalam kepala terus fikir nak teruskan ambil vitamin Shaklee untuk ibu hamil.  Takde langsung terfikir nak ambil prenatal vitamins dari klinik.

Dan bila dah bersalin, saya teruskan makan Vitamin Shaklee sepanjang berpantang. Kalau nak cerita pengalaman saya berpantang, memang langsung tak macam orang berpantang, hehehe.

Dah suami saya yang jaga, sebab mak masih kerja tak boleh cuti lama. Kadang-kadang suami beli je makanan dari kedai untuk bagi saya makan…
Oh nooo mesti ada orang terkejut kan? hehehe jangan risau, alhamdulillah disebalik keganasan saya berpantang ala cowboy tu, tak disangka-sangka lepas saya dah bersalin anak keempat haritu, bidan urut puji katanya :
Dik badan kau ni eloklah tak kembang walau dah anak 4
hihihi….terkembang sekejap masa tu sebab tak sangka dah la baru 3 hari bersalin masa tu….hihi, alhamdulillah ^_^

uiks segannya nak cerita kan? yelah bukan orang perempuan je baca blog ni…. tapi nak share pengalaman, tulis jugak lah mana tahu ada orang yang lalui pengalaman sama macam saya, so jangan risau walau kita pantang ala cowboy, badan tetap maintain luar dalam tip tiop bak anak dara gitu,inshaaALLAH…(hihi malunyaaa)

Satu lagi insiden ialah masa nak check adakah ada tertinggal uri dalam rahim sebab saya kan bersalin secara gentle homebirth di rumah sendiri, masa ni hari keempat lepas bersalin. Doctor pakar sakit puan tu pun beri pujian yang lebih kurang sama dengan bidan semalam tu. Gynae masa tu periksa dengan scan ultrasound lagi, sambil memuji,

baguslah rahim kemas tak kembang

alhamdulillah

saat itu, memang rahim tak kembang tapi hatiku kembang berbunga-bunga gitu…alhamdulillah ^_^

Set Bersalin Shaklee
Pengalaman maktang (mak berpantang) yang bersalin secara pembedahan (cesarean atau orang kita sebut czer gitu) yang over gembira dengan Set Bersalin Shaklee…hihihi

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya dengan makcik saya yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee ni. Nak kata best tu biarlah pembaca nilaikan sendiri dari pengalaman kami yang ciput ini sejak tahun 1997 sehingga hari ini.
Kalau dah bidan dan doktor gynae sendiri pun authorized kata badan dan rahim luar dalam tip top walau baru 3 hari bersalin, rasanya dah cukup untuk buktikan Vitamin Shaklee ni memang berfaedah dan terbaik lah untuk maktang-maktang ni (maktang itu singkatan mak berpantang…tah sapa yang mulakan kat FB saya ikut aje…hhihihi)


Set Bersalin Shaklee memang Terbaik  :)


Biasanya soalan2 yang ditanyakan kepada kami tentang Set Bersalin Shaklee ni adalah dalam 7 jenis soalan ni. Saya share kan kat sini mana tahu ada yang mempunyai persoalan yang sama dalam fikiran :)
1) Bila masa sesuai untuk mula makan Set Bersalin Shaklee? – Pengalaman saya sendiri, lepas je bersalin terus minum 3 sudu ESP bancuh dengan air suhu bilik lepas tu makan 10 biji alfalfa terus…Alhamdulillah lepas tu nak tau apa jadi? Susu masuk dengan jayanya sampai 5 hari engorge

2) Adakah selamat untuk ibu menyusu dan babynya?Alhamdulillah setakat yang saya sendiri pernah alami sejak tahun 1997 sampai sekarang, ibu menyusu pun selamat, baby yang menyusu terlebih selamat lagi sebab sepanjang pengalaman sya maktang yang makan Set Bersalin Shaklee ni anaknya tak kena jaundice kalau cara makannya betul.

3) Adakah sesuai untuk ibu yang berpantang lepas bersalin secara pembedahan cesarean – Saya takde pengalaman bersalin secara czer / pembedahan. Begitu juga makcik saya. Alhamdulillah kami semua bersalin secara normal. Tapi ada kawan saya yang ada pengalaman 3 kali bersalin secara pembedahan dan menggunakan Set Bersalin Shaklee. Mungkin lebih baik dapatkan makulamt dari pengalaman kawan saya ni

4) Berapa Harga Set Bersalin Shaklee – Kalau saya kata tak mahal kang orang kata saya propa, boleh ke kalau saya buat perbandingan sikit? kalau Set Bersalin Tanamera tu harganya RM300+ untuk 44 hari, Set Bersalin Nona Roguy RM300 untuk 40 hari,  kalau dikira ikut bilangan hari lah kan Harga Set Bersalin Shaklee ialah RM170 untuk 30 hari. Murah ke murah? Itu belum kira harga Ahli lagi tu…hehehe

5) Boleh ke beli dengan harga Ahli? Boleh le sayang kalau dah berdaftar jadi ahli ;)

6) Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain? Kalau nak pandangan peribadai saya, berdasarkan pengalaman, kitorang takde amik jamu semua ni alhamdulillah makan Set Bersalin Shaklee je pun tetap tip top la apa yang patut dan bantu jugak  banyakkan susu.

7) Cara Makan Set Bersalin Shaklee ni macam mana? –Senang je cara makannya, tak rumit pun. Ikut je cara yang diberikan sekali semasa pembelian

Pakej Set Bersalin Shaklee – ada ke pakej?

Pengalaman ibu bersalin ni ada macam-macam. Ada yang smooth normal, ada yang kena cesarean atau pembedahan czer kata orang kita. Belum cerita lagi pengalaman  bersalin dengan Epidural lagi, yang kena vacuum lagi, forcep lagi….

Kita dengan je pun dah pening kan, banyaknya cara kelahiran berlaku. Apatah lagi ibu yang mengalami. Sebab tulah keperluan seorang mak dengan mak yang lain semestinya tak sama.

Dengan adanya Pakej Set Bersalin Shaklee mak-mak yang berpantang bolehlah pilih vitamin apa yang mereka perlu ambil untuk rawatan diri masa dalam pantang nanti, berdasarkan apa keperluan mereka.

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Berpantang komen dari Doktor

Kalau nak cerita tentang pengalaman guna Set Bersalin Shaklee alhamdulillah memang kami boleh buat 9 ebook dari pengalaman saya dengan makcik. Tapi kita nak pakai produk masa dalam pantang ni bukan saja perlukan cerita pengalaman dari orang yang dah berjaya guna, tapi yang lebih penting tentulah apa kata doktor.

Setakat ni ada ke agaknya Set Bersalin yang mendapat ulasan doktor perubatan tentang adakah selamat atau tidak untuk guna masa dalam pantang dan masa menyusu? Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee ada :) Dr Zubaidi ada tulis artikel tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee untuk Ibu Berpantang.
Saya sebagai ibu sangat faham kegusaran hati mak mak berpantang nak ambil produk sebarangan. Ye lah kita ni fikir menyusu anak lagi, kalau silap makan boleh baby kembung atau kuning. Atau kita sendiri pulak dapat bentan ke kan? Nauzubillah.
So dengan penerangan Doktor perubatan dan pengalaman kami, rasanya cukup kuat dah membuktikan Set Bersalin Shaklee ni Terbaik dan Selamat. Tengok Dr Hamid Arshat pun recommend Vitamin untuk lepas bersalin. best betul Shaklee ni kan?





Testimoni Set Bersalin Shaklee – pengalaman ibu bersalin pembedahan

Testimoni Set Bersalin Shaklee yang dikongsikan oleh customer kami yang happy adalah sangat banyak, sejak May 2013 mereka share pengalaman mereka guna Shaklee masa berpantang. Ni antara pengalaman dan review paling manis sekali dari customer kami yang cantik puan Diana Joseph.

Set Bersalin Shaklee

Harga Set Bersalin Shaklee

Harga Set Bersalin Shaklee di Malaysia adalah antara yang termurah antara semua Set Bersalin yang ada dalam negara kita. Kat atas tadi saya ada buat perbandingan dengan 2 jenama Set Bersalin terkenal iaitu Set Bersalin Tanamera dan Set Bersalin Nona Roguy.

Kalau berdaftar secara sah dengan Shaklee boleh dapat Harga Set Bersalin Shaklee yang jauh lebih murah dari harga biasa. Nak Daftar jadi Ahli Shaklee pun tak mahal hanya RM75 seumur hidup.

Bagaimana Cara Makan Set Bersalin Shaklee Yang Berkesan?

Saya tau ramai juga yang dah beli Set Bersalin Shaklee ni mencari maklumat tentang Cara Makan Set Bersalin Shaklee. Apa yang boleh saya share ialah cara makan Shaklee ni takdelah complicated mana pun.
Yang mana kalau kita tersalah cara makan pun takkan membawa kemudharatan atau bahaya so janganlah risau ye. Follow je apa yang seller atau Pengedar Shaklee kita dah bagitau. InshaaALLAH berkesan juga. Jangan gusar ya maktang ;)

Sebelum nak akhiri sharing saya yang panjang lebar ni, saya suka nak share pengalaman ibu berpantang selain saya yang gunakan Set Bersalin Shaklee. Antaranya kak Mia, seorang business Owner yang memiliki perniagaan butik stroller baby yang juga merupakan seorang lecturer di sebuah universiti.

Kak Mia yang duduk kat Bangi ni sangat teruja dengan pengalaman manis menggunakan Set Bersalin Shaklee. Wah baru saya perasan dah setahun dah review ni…wah terharu la pulak…huhuhu
Testimoni Set Bersalin Shaklee Testimoni Set Bersalin Shaklee

Seronok kan baca sharing mereka. Saya pun sangat bahagia bila mendapat feedback dari mereka ini. Kesemua pengguna di atas mendapat kesan positif yang amat memuaskan hati adalah kerana mereka menerima bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan unik mengikut permasalahn dan keperluan individu.

Of course la kena unik kan? Sebab setiap wanita dan Ibu adlah unik, dan memerlukan panduan yang berbeza mengikut keperluan dan isu masing-masing :) Di sini kami meraikan keunikan setiap ibu :)



Harapan saya semoga perkongsian pengalaman kami sepanjang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni menjadi panduan yang berguna untuk pada ibu yang sedang mendapatkan maklumat berkenaan Vitamin Shaklee ini.

Salam sayang dan jumpa lagi ya ibu :)
--------------------------

yes.... menarik kan.... so ibu2 yang tercari2 set bersalin lengkap untuk berpantang  menyusukan nanti, apa kata ibu2 call saya untuk perbincangan lebih lanjut. konsultasi percuma je...

Salam sayang
Shikin, 0139867967
SID 883799
COD Tawau-Semporna  & area K.Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan