_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 2 November 2018

Kenapa perlu makan supplement?



Mungkin ramai yg takut untuk telan ubat hospital. Tapi kenapa kita perlu makan makanan tambahan? Penting sangatkah suplemen ni? Sebab org yg makan atau tidak pon suplemen, kalau tuhan nak beri sakit, sakit jugak. Ada jugak yg cakap sakit tu bagus sbb kifarah dosa yg lepas. Tapi tubuh badan kita ni kan amanah Allah. Kena jaga elok2. Makan suplemen dikira sebagai salah satu cara untuk kita jaga amanah ni sebaik2nya.

Khamis, 18 Oktober 2018

10 Tips Menjemput Rezeki

Boleh amalkan untuk jadi amalan. Jadi insan yang berterima kasih dengan amalkan tips menjemput rezeki.

10 TIPS MENJEMPUT REZEKI DENGAN TENANG, BERKAT DAN BAHAGIA

————————

1) Setiap kali bangun tidur, bukak je mata terus senyum. Cari at least 3 perkara untuk kita syukuri di permulaan hari

2) Amalkan setiap kali bangun dari tidur, tanam niat yang “Pada hari ini aku bekerja/berniaga kerana Allah taala. Semoga setiap pekerjaan yang aku lakukan menjadi ibadah. Dan semoga dengan pahala ibadah, Kau permudahkan aku untuk mencapai setiap impian aku dunia dan akhirat Ya Allah”

Youth Luminous Gel Oil Cleanser



Alhamdulillah saya dah pakai Youth Gel Oil Cleanser ni hampir sebulan lebih sudah. Apa yang boleh dikatakan, hasilnya sungguh awesomeee. Tiap Hari Tak miss pakai Tau.




Youth Perfecting Skin Toner

Youth Perfecting Skin Toner memang best giler.

Alhamdulillah saya dah pakai Youth Perfecting Skin Toner ni hampir sebulan lebih.


Apa yang boleh dikatakan, hasilnya sungguh awesomeee.

Guna sikit je, tak banyak pon. Tapi kesan dia wow sangat!


Sel kulit mati memang habisss licin dibuang. Kulit yang rasa tak best sebelum ni pon mulus saja elok berseri.

Ia umpama double cleansing selepas dicuci dengan Youth Gel Oil Cleanser.

Kiranya kulit wajah dicuci 2 kali.

Masa pakai toner tu bukan main lagi masih ada hitam hitam di kapas. Kiranya ada lagi sel mati terlepas pandang haa.

Siapa yang selalu ada masalah malas nak guna toner tu boleh cuba Youth Perfecting Skin Toner ni okeh.

Senang sangat. Dan sangat cepat. Jimat pon jimat.

Kulit kita pon rasa segar giler. Freshhhh merecik habiss.

Liang pori mengecil takde dah nampak sebesar besar alam macam sebelum ni. Hehe.

Baunya wangi hasil dari tumbuhan semulajadi, bukannya bahan kimia mahupon wangian tau.

Syok habis bila guna tu. Rasa macam princess sangat tau ☺️

Jom tengok testimoni2 Youth Perfecting Skin Toner



Haaaa best kan. Meh roger2 kalau uolssss nak try cleanser & Toner Youth ne ya.

Shikin 013.986.7967

Polifenol & Vivix Shaklee


Polifenol memang agak famous sekarang ni.
Pernah dengar kan?, yang orang amalkan untuk tingkatkan kesihatan, reverse aging (Awet muda), elak keradangan dalaman, kesihatan jantung, maintain healthy sugar level, maintain kolesterol level yang sihat dan banyak lagi.



Aktiviti Pasca Peperiksaan.

Alhamdulillah, Peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 sudah berakhir. Cikgu-cikgu lah yang sibuk berperang menanda kertas sekarang.

Anak-anak pelajar Muslim sedang mengikuti program mentor mentee AlQuran. Mereka mengaji AlQuran secara berkumpulan diketuai oleh seorang Mentor yang fasih tentang tajwid dan bacaan AlQuran.

AlQuran- Kalam suci Allah


Anak-anak pelajar Non Muslim hanya di kelas. Mereka mengisi masa mereka dengan indoor games & ada yang membaca buku cerita.




Syukur semuanya terkawal.

Fikir yang baik-baik sahaja....Allah akan aturkan yang terbaik untuk Kita.

Aaminnn ya Rabbal aalaminn.

Isnin, 20 Februari 2017

Selawat 100,000 kali

 SELAWAT 100,000 kali hanya dalam masa 2 minit.
>>>>>>>>>>>

Ni saya dapat dari buku himpunan amalan pesanan habib (keluarga nabi Muhammad saw).

Amal ni. Scroll satu-satu contain selawat tu.

Kita nak selawat 100,000 kali sehari? Tapi selalu kesuntukan masa kan. Kita memang tak sempat nak buat. Yang selawat 1000 kali pun kita selalu gagal.

Jadi kita kena bijak. Guna jalan pintas. Baca ni. Semua ada hanya 7 muka surat ye. Dan pendek2 saja. Boleh jugak download apps di playstore.



Korang tau tak yang selawat kat atas Nabi Muhammad saw ni merupakan satu jalan keluar kepada segala masalah? Jalan pintas nak minta Allah mudah kabulkan doa kita? Jalan pintas nak Allah mudahkan segala urusan kita?

Kerjaya, kerja umah, anak-anak, customer, jiran tetangga..semua tu adalah urusan kita kan?

Jadi jalan pintas nak selesaikan segala urusan itu dengan mudah adalah selawat banyak2.

Korang amal ni. Baca lah berapa kali nak baca dalam sehari.

Korang tak percaya takpe. Kuasa Selawat ni kalau tak percaya pon, ia akan jadi.

Just buat je. Later korang akan percaya apa yang saya tulis ne.

Khamis, 3 November 2016

Selamat tinggal, sayang.

Assalamualaikum. Rindu nak menulis sesuatu di sini tapi masih banyak tugas yang saya perlu dahulukan.

Hari ini hari terakhir kami bersama. Marah tanda sayang...tegur tanda kasih. tak pernah sekalipun kami seorang guru marah kerana benci.

Sabtu, 15 Oktober 2016

6 sebab tidur ibu hamil terganggu


Salam sejahtera buat semua. Di sini saya senaraikan 6 sebab mengapa tidur ibu hamil sering terganggu.


♦️1.Kerap buang air kecil

Boleh dikatakan setiap malam kerap terbangun dari tidur sebanyak 2 hingga 3 kali semata-mata nak pergi buang air kecil. Bila dah masuk trimester ketiga kandungan, tambah aktiflah pundi kencing ni.

Kenapa ibu mengandung kerap buang air kecil? sebabnya isipadu darah bertambah sebanyak 30% hingga 50% ketika hamil. Maka buah pinggang akan bekerja keras untuk menapis darah yang bertambah menyebabkan air kencing lebih banyak.

Tambahan lagi, saiz bayi dan rahim yang membesar akan menekan pundi kencing menyebabkan si ibu kerap membuang air kecil.

♦️2. Sukar Bernafas

Apabila rahim semakin membesar, keadaan sukar bernafas semasa tidur lebih terasa pada wanita hamil. Kenapa pernafasan agak sukar ketika mengandung? Ini kerana saiz rahim yang membesar akan mengambil lebih banyak ruang dalam abdomen kita sehingga menyebabkan diaphragm susah untuk berfungsi dengan baik.

♦️3. Denyutan Jantung Lebih Laju

Biasanya denyutan jantung di antara 70-80 denyutan seminit semasa tidak mengandung. Namun sekarang ini, ketika mengandung, denyutan jantung lebih laju ,melebihi 90 denyutan seminit. Kadang-kadang mencecah lebih 100 denyutan seminit.

Ketika baring, dapat merasakan denyutan jantung sendiri membuatkan rasa tidak selesa. Keadaan ini berlaku kerana jantung berdenyut lebih laju ketika hamil untuk mengepam darah ke seluruh badan.

♦️4. Kaki kejang dan Sakit Belakang

Kalau malam terutamanya ketika sejuk atau kepenatan, kadang-kadang, terbangun malam sebab kejang kaki. Sakit? Susah diungkapkan. Hanya Tuhan yang tahu.

Belakang pun cepat sakit juga, terutamanya jika baring melentang.

Keadaan ini disebabkan berat badan si ibu yang berlebihan menyebabkan otot kita bekerja keras untuk menampung beban yang meningkat selain daripada kekurangan kalsium dalam badan.

♦️5. Pedih Ulu hati dan Sembelit

Kadang-kadang, wanita hamil akan rasa pedih je kat bahagian dada atau perut terutamanya pada waktu malam. Kenapa? pedih ulu hati berlaku apabila kandungan isi dalam perut refluks atau patah balik ke esofagus.

Ketika hamil, sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lemah dan makanan akan tinggal lebih lama dalam perut dan usus menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit
Keadaan lebih teruk apabila rahim membesar dan menekan perut dan usus besar.

Oleh itu, cara nak mengelakkan ulu hati semasa hamil adalah jika tidur, boleh letak bantal di bahagian atas tubuh untuk elak refluks berlaku.

♦️6. Risau dan Kerap Bermimpi

Makin dekat nak bersalin, kita akan fikir yang bukan-bukan je, sampai kadang-kadang susah nak tidur. Antara perkara yang dirisaukan seperti kesempurnaan bayi dan proses kelahiran.

Penyelesaiannya, ibu boleh Cuba ostematrix shaklee.



Hanya RM 60 untuk kegunaan sebulan. InsyaAllah ibu akan tidur lena sepanjang malam.

Shikin, 0139867967


Rabu, 12 Oktober 2016

Tanda badan kekurangan vitamin

Sakit adalah satu tanda badan mula trigger yang ia kekurangan vitamin dan galian.



Ya kita makan 3 kali sehari tapi jika ia kurang khasiat dan tak memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan maka mula kita dapat tanda tidak sihat seperti:

✔ Sakit kepala
✔ Badan letih
✔ Selera makan terhadap manis bertambah
✔ Rambut gugur
✔ Hidung berdarah
✔ Gusi berdarah
✔ Susah tidur
✔ Susah bangun tidur

Ini adalah simpton bukan penyakit. Bila ia melarat barulah dinamakan penyakit.

Jika ada tanda-tanda ini terus dapatkan vitamin yang penting khususnya multivitamin. Kemudian ditambah dengan vitamin lain mengikut keperluan. Multivitamin ada semua vitamin tapi ia cuma bekalkan yang penting untuk kekal sihat.

Tanda awal ini perlu diatasi sebelum ia melarat. Jaga makan, jaga vitamin.

Have a wonderful Wednesday!

Kredit info:

Anisah Hussin
M Hanif M Halim