Boleh amalkan untuk jadi amalan. Jadi insan yang berterima kasih dengan amalkan tips menjemput rezeki.
10 TIPS MENJEMPUT REZEKI DENGAN TENANG, BERKAT DAN BAHAGIA
————————
1) Setiap kali bangun tidur, bukak je mata terus senyum. Cari at least 3 perkara untuk kita syukuri di permulaan hari
2) Amalkan setiap kali bangun dari tidur, tanam niat yang “Pada hari ini aku bekerja/berniaga kerana Allah taala. Semoga setiap pekerjaan yang aku lakukan menjadi ibadah. Dan semoga dengan pahala ibadah, Kau permudahkan aku untuk mencapai setiap impian aku dunia dan akhirat Ya Allah”
3) Hadiahkan Al Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sahabat. Kedua ibu bapa dan mertua (sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia). Kepada guru-guru. Kepada diri sendiri
4) Setiap kali lepas subuh, transfer sejumlah amaun ke akaun bank mak/ayah. Kalau mak/ayah dah takde, ke mertua. Kalau semua dah tak ada, transfer kepada mana-mana yang memerlukan. Set sebagai fav acc, untuk mudah transfer. Konsep sama macam sedekah subuh, cuma untuk WAHM ni jarang ada duit kat tangan so kita sedekah online 😂 Tips dia jangan bagitahu sape2 termasuk mak ayah yang terima sedekah tu. Diam-diam je. Bagi jumlah ikut kemampuan setiap hari dengan konsisten. Kalau nak konsisten rm10 setiap hari pun tak apa
5) Istighfar 1000x sehari
Cara mudah, 200x setiap kali lepas solat fardu
6) Inna Haza Larizkuna Maalahu Minnafad 300x
Cara mudah, 50x setiap kali lepas solat fardu
7) Ya Wahhab 300x
50x setiap kali lepas solat fardu
😎 Tulis 10 impian untuk dicapai pada tahun 2018, tampal pada cermin, setiap hari pandang cermin sambil baca ibarat anda SUDAH BERJAYA CAPAI impian tersebut. Impian kena spesifik
9) 10 impian tadi, baca setiap kali lepas solat dengan cara bersyukur,
Contoh: “Terima kasih ya Allah Kau permudahkan aku mencapai _____ pada sekian sekian”
10) Baca Al Quran setiap hari, sekurang-kurangnya 2 mukasurat beserta maksud
————————
Cuba amalkan 7 hari dengan konsisten.. InshaAllah lepas pada tu tak susah dah nak jadikan amalan harian..
Dan dengan izin Allah, kita akan mula nampak perubahan-perubahan dalam hidup kita, InshaAllah 😊
(Sharing by Master Nor Farhana)
Assalamualaikum, Saya Nor Ashikin bt Azahari, Shaklee Independent Distributor anda di Tawau, Sabah. Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia Shaklee ID: 883799 | sayaeqin84@yahoo.com| 0139867967| FB:Nor Ashikin Azahari
Pages
_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan