_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 7 April 2016

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


Soalan yang nampaknya mudah tapi hakikatnya sukar untuk mencari jawapannya. Ramai yang tahu bahawa air merupakan komponen penting dalam tubuh badan kita untuk memastikan kita mendapat mencapai tahap kesihatan yang optimum. 

Namun harus disedari bahawa keperluan air ini bergantung pada tahap kesihatan seseorang individu itu. ianya perlu dilihat dari aspek tempat tinggal, cara kehidupan seharian, aktiviti seharian dan pelbagai lagi. 


Sebagai contoh mereka yang mungkin tinggal di kawasan yang beriklim panas sudah tentu memerlukan lebihan air dari mereka yang berada di kawasan yang beriklim sejuk. Ini kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.

Adakah 2 Liter Air Mencukupi Untuk Saya?


Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?


Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya Ialah:


2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

  1. Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
  2. Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
  3. Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya. 

Semoga bermanfaat buat semua ya

Shikin, 0139867967

Tiada ulasan:

Catat Ulasan