Berikut merupakan
petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah
Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan
kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
I. kita ingat 10 % apa yang dibaca
II. kita ingat 20% apa yang didengar
III. kita ingat 50 % apa yang didengar &
dilihat
IV. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
V. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara
aktif dengan pen/pensil di tangan.
- Belajar 3 jam
sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar
seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
- Belajar dalam
persekitaran kondusif.
I. pastikan cahaya adalah terang
II. kurangkan gangguan bunyi
III. tampal poster yang mengandungi slogan
yang menaikkan semangat belajar
IV. tampal gambar-gambar yang menenangkan
fikiran
V. kerusi dan meja menghadap kiblat
VI. jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng
kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji
menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab
soalan.
- Tahu teknik
merangsang memori:
I. memasukkan maklumat dalam memori
(registration)
II. menyimpan maklumat dalam sel memori
(retention)
III. mengingat kembali (recall)
IV. menggunakan maklumat untuk menjawab
soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal
dan mendahului:
I. persediaan awal akan memberikan
permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
II. pelajar yang mendapat A pada ujian
lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
III. belajar awal ketika tiada tekanan
adalah tidak membosankan.
IV. untuk sentiasa awal dan mendahului,
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik
dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik
membaca yang betul:
I. duduk dengan tegak & bernafas
dengan betul
II. memberikan tumpuan sepanuhnya
III. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
IV. menyesuaikan kelajuan membaca dengan
kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
- Membaca doa
penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang
masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat
sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut
waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji
secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
- Mengulang kaji
secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang
kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji
pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji
apabila mulai terlupa.
- Tahu petua
mengulang kaji
I. cari tempat yang tenang dan serasi
dengan jiwa kita
II. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
III. duduk tegak dikerusi yang selesa
IV. baca doa penerang hati
V. baca buku atau nota mengikut teknik
membaca yang betul
VI. fikir dan ingat kembali isi utama
VII. catat/lakar
VIII. semak semula ketepatan maklumat
IX. ulang sebut atau ceritakan pada orang
lain
X. buat rumusan
XI. jawab soalan
XII. tampal maklumat yang rumit di dinding
XIII. baca doa tanda kesyukuran selepas
belajar
- Tahu memberi
ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua
agar tidak lupa:
I. jangan makan kepala ikan
II. jangan makan organ dalaman
III. jangan minum semasa makan
IV. jangan minum atau makan makanan yang
tercemar oleh semut
V. jangan melihat kemaluan
VI. jangan melihat buih
VII. jangan membaca nama pada batu nisan
VIII. banyakkan makan makanan yang
mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
IX. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
X. banyakkan makan kekacang
XI. pakai minyak wangi ketika belajar atau
menghadapi peperiksaan
XII. jangan makan sehingga terlalu kenyang
XIII. jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran
mengingat:
I.
tampal
nota-nota penting di dinding
II.
tukar
perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
III.
gunakan
kaedah akronim
IV.
reka
cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
V.
pecahkan
maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur
jadual belajar:
I. mempunyai jadual belajar
II. patuh kepada jadual
III. buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh
belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan
untuk belajar.
- Cari maklumat
mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak
diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan
cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa
terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke
mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan
tempat belajar.
- Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
- Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
I. taat kepada Allah
II. mendirikan sembahyang
III. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa
mendoakan mereka
IV. hormati & sayangi guru
V. bersungguh-sungguh dalam melakukan
kerja untuk mencapai kecemerlangan.
VI. suka pada setiap mata pelajaran yang
dipelajari
VII. membantu rakan yang memerlukan
VIII. berdoa dan bersyukur kepada Allah
IX. sentiasa bertawakal
X. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat
pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya
dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata
dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
boleh bagi anak tips ni nanti. thanks shikin
BalasPadamBoleh amalkan untuk anak-anak
BalasPadameya kak...semoga memberi manfaat buat kita semua. tq k.anah & k. rokiah
BalasPadam