“Saya bekerja, dan sekarang dah 30 hari berpantang. Saya pam susu 2oz
je dapat. Camne ni? Saya nak masuk keje nanti camne nak cukup susu
untuk bagi eksklusif susu ibu pada anak?”
Ok, saya faham keadaan puan ini. Saya secara peribadi, mulakan proses
menyimpan stok susu apabila hari ke 5 berpantang. Ini kerana, untuk
sekali pam dapat 12-30 oz tu..ia perlukan masa. Jadi, sape start awal
proses pam susu untuk simpan jadi stok, dia miliki peluang lebih besar
untuk dapatkan nilai oz yang lebih banyak setiap kali pam susu.
Mula2…biasa tau dapat 1-2oz setiap kali pam susu. Breast perlukan masa untuk stimulation. Ibu mesti kerapkan sesi stimulation untuk pastikan susu yang dikeluarkan lebih banyak.
Mula2…biasa tau dapat 1-2oz setiap kali pam susu. Breast perlukan masa untuk stimulation. Ibu mesti kerapkan sesi stimulation untuk pastikan susu yang dikeluarkan lebih banyak.
Buatlah sesi mengepam setiap 2 jam walau sedang berpantang. Tapi bila nak buat stok ni? Anak pon kuat menyusu secara direct feeding.
Ok, ini saranan saya. Jadual mengepam susu dalam pantang.
1. Pam sebelum anak menyusu
2. Pam selepas anak menyusu
3. Pam sambil menyusukan anak. ( sebelah breast anak menyusu, sebelah lagi pam)
4. Pam di waktu tengah malam selama sejam (power pumping)
5. Pam walau breast tidak bengkak
6. Pam walau baby sedang tidur
7. Pam selepas mandi air suam.
8. Pam pada masa atau jam yang tetap
9. Pam selepas minum protin.
10. Pam selepas minum air yang banyak.
Ini yang saya amalkan. Alhamdulillah, ia membantu saya mendapatkan stok susu yang sangat2 cukup buat anak2 saya apabila saya mula masuk kerja. Sampai kena beli deep freezer untuk simpan stok susu saya yang “overdose”.
Satu lagi saya nak pesan. Dan memang saya selalu pesan. Jaga pemakanan ibu mengikut piramid makanan. Kerana pemakanan ibu menyusu sangat2 penting. Ia juga memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu untuk anak.
Mengenai pemakanan ibu, saya akan kongsikan dalam post seterusnya ye. See you.
credit : Master Ira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan