Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Assalamualaikum...
Mungkin apa yang anda tafsirkan daripada gambar yang akan saya lampirkan nanti berbeza. Tapi inilah hakikat kami seorang guru. Seorang guru yang perlu mendidik lebih 30 pelajar dalam satu masa.
Ditakdirkan saya menerima jadual waktu untuk mengajar Matematik Ting 2C pada tahun ini. Alaaaa 1 kelas je Cikgu.eya, memang 1 kelas tapi 30 pelajar mempunyai 30 perangai. Dapat pula jadual saya pada hari Isnin, 2 Kali saya bersama mereka.
Sesi pertama ; pukul 12.30-1.40 petang
Sesi kedua ; pukul 5.25-5.55 petang
Di Tawau sekarang, pukul 6.15 petang dah masuk waktu maghrib tau.. Jadi, saya perlu lebih kesabaran ketika mengendalikan mereka pada sesi kedua(waktu terakhir sebelum pulang)... Haaaa di sini la mereka dah bosan, mereka nak mengintai kawan-kawan main di padang, mereka nak pulang awal...adeeehhhhh pening Mak.
Penyelesaiannya...tadaaaaaaaa..... Saya bawak mereka bersantai-santai. Masih lagi belajar, masih lagi buat PBS, masih lagi saya perlu mengawasi mereka tapi kami sama2 duduk di lantai. Sambil-sambil menyiapkan kerja, pelajar bebas berkongsi pendapat,& bercerita bersama saya kerana saya seorang guru pun duduk di lantai separas mereka... Masa Ne mereka seronok... Tidak terikat dengan meja kerusi, papan tulis di kelas... Jadi otak pelajar tidak terbeban walaupun sudah ke penghujung hari.
Ini sahajalah coretan saya pada pagi ini. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang dahagakan Ilmu seperti mereka. Semoga usaha saya diberkati Allah & saya harapkan segala Ilmu yang diajar akan membantu anak-anak didik saya untuk berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat sana...
Selamat maju Jaya, anak-anakku...
Salam sayang,
Cikgu Ashikin.