_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 28 Februari 2014

Dua langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa


Sumber : FB Ibu Bapa Cemerlang
===================================

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menikmati hidup aman, bahagia dan berjaya tetapi impian kekal impian jika kita tidak mengambil tindakan yang betul untuk mendidik mereka. Oleh itu mula dari sekarang, ambil tindakan yang betul untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan . Mulakan dengan mengikuti dua langkah positif yang berikut…

LANGKAH 1 : CINTA TANPA SYARAT.
Cintai dan sayangilah anak-anak kita dengan ikhlas dan tanpa syarat. Jangan hanya kerana anak kita bijak, cantik, baik, taat dan sebagainya, baru kita tunjukkan yang kita sayang kepadanya. Kasih dan sayangilah mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

LANGKAH 2: PAMERKAN CINTA DAN KASIH SAYANG.
Anak-anak tidak akan tahu bahawa kita sayangkan mereka walau dalam apa keadaan sekali pun sekiranya kita tidak pamerkan melalui tindakan. Cinta dan kasih sayang perlu ditunjukkan supaya anak-anak merasainya. Peluklah anak-anak sekerap mungkin, terutamanya jika mereka masih muda. Sentiasalah berada di sisi apabila mereka memerlukan kita. Menghadirkan diri dalam aktiviti sekolah dan kolej mereka. Beri perhatian, pandang ke dalam mata semasa mereka bercakap dengan kita. Hargailah pencapaian mereka tidak kira kecil atau besar. Membawa mereka keluar menikmati alam, beriadah dan berkelah sekali sekala. Melakukan perkara-perkara bersama-sama, seperti membuat kraftangan atau melakukan kerja-kerja rumah seperti pembersihan, mengemas, berkebun dan lain-lain. Paparkan kerja tangan anak-anak di tempat yang mudah untuk dilihat supaya satu keluarga dapat menghargainya.

Jika kita dapat mengikuti dua langkah di atas, banyak masalah anak-anak akan dapat dielakkan sebelum ianya berlaku.

~ Ibubapa Cemerlang
   Dua langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
===================================

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menikmati hidup aman, bahagia dan berjaya tetapi impian kekal impian jika kita tidak mengambil tindakan yang betul untuk mendidik mereka. Oleh itu mula dari sekarang, ambil tindakan yang betul untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan . Mulakan dengan mengikuti dua langkah positif yang berikut…

LANGKAH 1 : CINTA TANPA SYARAT.
Cintai dan sayangilah anak-anak kita dengan ikhlas dan tanpa syarat. Jangan hanya kerana anak kita bijak, cantik, baik, taat dan sebagainya, baru kita tunjukkan yang kita sayang kepadanya. Kasih dan sayangilah mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

LANGKAH 2: PAMERKAN CINTA DAN KASIH SAYANG. 
Anak-anak tidak akan tahu bahawa kita sayangkan mereka walau dalam apa keadaan sekali pun sekiranya kita tidak pamerkan melalui tindakan. Cinta dan kasih sayang perlu ditunjukkan supaya anak-anak merasainya. Peluklah anak-anak sekerap mungkin, terutamanya jika mereka masih muda. Sentiasalah berada di sisi apabila mereka memerlukan kita. Menghadirkan diri dalam aktiviti sekolah dan kolej mereka. Beri perhatian, pandang ke dalam mata semasa mereka bercakap dengan kita. Hargailah pencapaian mereka tidak kira kecil atau besar. Membawa mereka keluar menikmati alam, beriadah dan berkelah sekali sekala. Melakukan perkara-perkara bersama-sama, seperti membuat kraftangan atau melakukan kerja-kerja rumah seperti pembersihan, mengemas, berkebun dan lain-lain. Paparkan kerja tangan anak-anak di tempat yang mudah untuk dilihat supaya satu keluarga dapat menghargainya. 

Jika kita dapat mengikuti dua langkah di atas, banyak masalah anak-anak akan dapat dielakkan sebelum ianya berlaku.

~ @[382327615371:274:Ibubapa Cemerlang]


Menu potluck ku di sekolah 28 Februari 2014

Bihun Goreng Singapore 5.67
Kiriman: AAJ
Sumber: Eina
Hits: 2614 Rating: 5.67 Review: 0
Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air
Cara:
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.
Cadangan Hidangan:
Hidang dan makan panas-panas

[Penyebab Jaundis @ demam kuning pada bayi]


Assalamualaikum kawan2...pagi ne teringat saya pada customer saya yg bertanya mengenai demam kuning & apa puncanya...saya kongsi sedikit apa hasil google sy malam td ok. saya dulu anak pertama je kuning, anak ke 2 alhamdulillah xsempat kuning, terus kami ambik langkah berjaga2.. mana tahan tgk baby nangis kesakitan diambil sampel darah hari2 kan...

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran..

Cara saya atasi jaundis anak...
1. bagi minum air zam-zam, n lap di badan anak...selawat & mohon supaya Allah sembuhkan demam anak
2. bg anak minum air perahan anggur hitam... bg minum sikit2 pd baby
3. bagi baby kena cahaya matahari pagi..tp bukan saya jemurla....ehehe
4. Susu Karihome langkah 1 sangat membantu sy time baby jaundis. Mohon pada Allah, bukan pada susu ne...
5. kerapkan penyusuan...jangan bagi baby terlampau tidur
 
 
Bagi mommies yang mengambil set berpantang & menyusu Shaklee, jangan lupa tau. time baby kuning, jangan ambil sebarang herba & jugak alfalfa Shaklee k.



seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk ini, pm je saya ya... free consultation special utk uols saya sendiri dah hampir 2tahun consume set menyusu pakej D. ^_^

Ashikin | SID 883799 | 0139867967 | FB: Nor Ashikin Azahari| COD area Tawau-Semporna-Kalabakan | sayaeqin84@yahoo.com

Khamis, 27 Februari 2014

Penyusuan Susu Ibu


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang
mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis
penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi
kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu,
anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan
sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi
makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan

Untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  •  Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :

• Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
• Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal
• Sebelum kelahiran
• Semasa kelahiran
• Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran
• Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan
penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
• Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh
membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang
berhampiran.
• Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi
beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan
rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan
• Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah
antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas
kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam
jangkamasa yang lama.

• Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa
ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan
jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan

• Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh
menyusu 8 ke 12 kali sehari.

• Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila -
bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila
masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu
diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika
berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada
bersama-sama anda.

• Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan
puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu
penyusuan.

`Selamat menjalani pengalaman indah dunia penyusuan bersama si manja anda`

Rabu, 26 Februari 2014

Kisah Cintaku Bersama Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim... syukur saya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding semalam.. tetiba kepala saya macam berat sebelah, jantung berdebar2 gara2 menonton aksi The Rock di Astro. Saya bukan hantu TV tapi sy tertarik dengan kisah yang dilakonkan beliau. Pengorbanan seorang ayah untuk membebaskan anaknya yang dipenjara kerana disyaki mengedar dadah. Sedih sgt bila renung balik msj yg cuba disampaikan...

Ok, berbalik pada kisah 'cinta' saya lah.

2011-2012
Ditakdirkan Allah, saya mengandung lagi setelah 2bulan melahirkan khalifah pertama kami, Muhammad Danial Rizqy bin Noor Mohd Hafiz pada 28 September 2011. Alhamdulillah rezeki kami setelah hampir 3 tahun menunggu.. Lahir Rizqy, datangla rezeki baru kami. Tapi sy sedikit trauma disebabkan kelahiran pertama seumpama mimpi ngeri. bukan saya menolak rezeki Allah tetapi keadaan Rizqy yang mengalami cleft lip @ sumbing bibir & keadaan saya yang uzur akibat luka teruk ketika proses melahirkan. Saya x dapat menyusukan Rizqy sepenuhnya. Dia seolah2 susah untuk menghisap susu spt baby biasa. Saya sendiri pun bukan jenis susu melimpah ruah.


Anak kedua, Nur Zahra Irdina binti Noor Mohd Hafiz lahir pada 29 Ogos 2012. saya nekad utk breastfeeding sepenuhnya baby saya. Tapi masih berulang kisah Rizqy dulu. setitik dua pun seolah2 susah sgt nampak menitik dr cik b saya. Sy google booster susu, banyak jenis tp sy buat keputusan utk try booster susu Shaklee. Ramai distributor yang saya pm, semua dengan harga runcit & xdpt cod. terpaksa poslaju. Saya google lg distributor yang dapat COD, Alhamdulillah jumpa Mommy saya sekarang. Rashidah Juhari, kecil, comel & COD pun kelek anak.. hihi. Sy berhabis borong dgn Shidah.. duit di tangan, misi bf anak sepenuhnya membuak2, nak balik Tawau lagi - nanti susah dapat stok & mahalkan... sampai saya dapat membership free. Memborong macam hampir RM680 saya hari tu... pandai betul Shidah pujuk saya kan. (didaftarkan secara rasmi dengan ID 883799).

Demi anak, saya rela... Alhamdulillah saya sujud syukur, baru beberapa jam consume set bf tu, sy dapat pam 1oz susu..melompat saya tgk percikan susu mcm dr shower mandi tu. Dengan izin Allah, Zahra sekarang dah hampir 2 tahun.. masih bf sepenuhnya, xnak susu lain. walaupun dia x se bam-bam macam baby lain, zahra sgt lincah, aktif & sgt susah nak kena demam berbanding abangnya yang x menyusu badan.

2013 - 2014
Saya masih lagi berseronok dengan stok2 ESP saya. Vitamin yg ada pun saya skip2 makan. napa? sbb bila makan hari ne, esok masih lagi rasa bertenaga... tido lah saya dlm selimut baldu, x share pun kebaikan vitamin yang saya ambil ne sangat bagus sehinggalah Jun 2013, sy ada masalah kewangan. nak beli tiket flight nak balik kampung jenguk family pun terpaksa berkira-kira.. sebab kami dah berempat kan... terus dtg idea, why not sy share pasal shaklee..leh jana side income, bantu2 support kewangan keluarga kan. call Shidah & terus saya pulun.... Julai sy terus naik rank Supervisor, Alhamdulillah. Cara saya cuma sharing.... saya xnak terus menerus bergantung kepada ubat-ubatan yang kebanyakannnya mengandungi dadah...walaupun dadah yang dibenarkan tetapi sy x sanggup untuk mengahadapi kesan jangka panjang ubat-ubatan dalam diri saya & keluarga saya.

Untuk mak saya, penghidap diabetes... mak ambil set diabetes & vivix
untuk ayah saya, non stop membanting tulang ... ayah ambil set sendi & vivix
untuk anak2, Rizqy yang cepat demam... mealshakes, omega guard
untuk saya & suami, semua vitamin kami consume... sbb senang nak sharing dgn anda
untuk mertua, sy bagi CoqHealth, ESP & GLA...
dengan kawan2 saya cadangkan set yang sesuai untuk keperluan mereka...






dan ini pula impian saya...impian yang perlu saya tunaikan bersama Shaklee...saya punya impian besar sama seperti anda kan. impian untuk sihat bersama keluarga & rakan utk tunaikan ibadah & menikmati nikmat kurniaan Allah di muka bumi ini


Sehingga hari ini & detik ini, saya bersyukur ditemukan dengan grup hebat, sentiasa mengingatkan saya kepada Yang Maha Pencipta, membantu kawan2 untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat disamping menjana pendapatan. Jika anda perlukan bantuan saya, besar hati saya untuk membantu anda.



Salam sayang...semoga anda semua dilindungi & dirahmati Allah selalu... Amin....

Sijil Halal Shaklee 2014

Assalamualaikum kawan-kawan...  blogwalking pagi ne saya tertarik dengan tulisan sahabat Shaklee saya berkaitan dengan status halal Shaklee di pagenya. Tq sis Hadhatina tentang perkongsian lengkap berkenaan status halal ini.
________________________________________________________________________

Sijil Halal Shaklee 2014 dah pun di'upload' di laman web rasmi Shaklee Malaysia. Boleh view di sini.


SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
Sebanyak 28 produk makanan tambahan Shaklee telah disenaraikan di dalam sijil ini.
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
Sijil halal ini sah sehingga 31 Disember 2014, dan akan dikemaskini lagi selepas itu.

Sijil Halal Shaklee

Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :
  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM
Anda boles download senarai penuh badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia di SINI.
Bolehlah baca lebih lanjut tentang ISA di SINI
Akreditasi halal (klik)
Jawapan JAKIM sendiri tentang isu halal Shaklee di FanPage JAKIM (Facebook)
InshaALLAH, mudah-mudahan entry saya kali ini membantu anda supaya lebih yakin dengan Shaklee. Halal dan berkualiti tinggi
Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. - (Al Baqarah : 168)
Sebarang kemusykilan sila hubungi saya atau mana-mana wakil Shaklee anda.


Ashikin | 013-9867967| SID 883799| FB: Nor Ashikin Azahari

Ahad, 16 Februari 2014

Rahsia Wanita Cantik Terbongkar Dengan Shaklee Collagen Powder!!!

Assalamualaikum kawan-kawan... dah lama x bercerita tentang kolagen kan...
Yang sebenarnya ada beza ke Collagen Shaklee dengan collagen lain di pasaran? Nak tanya sikit, kasut Nike original dengan kasut pasar malam, mana lebih mahal? Dari segi kualiti dan daya tahan, mana lebih memuaskan?  Boleh jawab dalam hati ;) (credit:vitaminsihatcantik)
Jom saya cerita tentang kehebatan Collagen Shaklee ni pulak.
Rahsia Collagen, Perbezaan Collagen, Shaklee Collagen Powder Testimoni Collagen Powder, Shaklee Collagen Powder Testimoni Collagen Powder, Pengedar Sah Shaklee, Shaklee Utara, Shaklee Penang,

1. Collagen Sumber Marine berkualiti tinggi
Collagen ni terdiri dari 3 jenis sumber- dari tumbuh- tumbuhan, dari haiwan ternakan dan dari sumber marine
#1: Collagen dari tumbuh- tumbuhan
Paling murah sebab senang je kot nak petik tumbuh-tumbuhan ni. Tapi, daya serapan ke dalam tubuh adalah sangat rendah. Biasa collagen jenis ni yang ada rasa manis, sedap, etc. Tapi jangan tak tahu, biasanya kalau collagen tu manis, maksudnya kandungan pemanis dalam collagen tu adalah lebih tinggi dari kandungan collagen sendiri. Maksudnya kita bayar harga pemanis saja, harga collagen takde ape pun sebab kandungan collagen dalam tu rendah
#2: Collagen dari haiwan
Biasanya dapat dari ayam, lembu atau babi. Banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Collagen dari sumber haiwan ni terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran kimia. Industri Collagen memang maklum Collagen jenis ni kurang selamat dan kurang bersih. Ye lah nak kasi ayam gemuk, kena suntik hormon. Nak bagi lembu makan, kena bagi rumput yang disembur pesticide. Kira susah lah nak cari sumber haiwan tapi betul-betul bebas bahan beracun atau bahan kimia.
Rahsia Collagen, Perbezaan Collagen, Shaklee Collagen Powder Testimoni Collagen Powder, Shaklee Collagen Powder Testimoni Collagen Powder, Pengedar Sah Shaklee, Shaklee Utara, Shaklee Penang,

#3: Collagen dari sumber marine
Collagen yang paling berkualiti tinggi. Orang Jepun dah lama guna marine sourced collagen untuk rawat sakit sendi. Sebab apa bagus? Sebab sumber marine yang shaklee ambil adalah daripada ikan merah yang duduk di lautan dalam (deep ocean) Lautan dalam ni kalau nak tahu, kalau kita manusia nak pergi pun kena hati-hati, takut burst. Kena pakai equipment bagai untuk elak otak dan kepala rosak. Kalau kereta duduk kat kedalaman tu pun, boleh kemek. Tapi ikan merah ni selamba badak je duduk kat lautan dalam. Mengikut kajian pulak, kandungan collagen dalam ikan yang duduk di dasar lautan ni adalah lebih tinggi berbanding kandungan collagen di dalam haiwan lain atau sumber tumbuhan. Plus, bila dah duk kat laut dalam tu, sah- sah lah minyak atau sampah sarap tak sampai kat situ, membuatkan ikan merah tu betul- betul bebas dari pencemaran dan bahan kimia.
Ini menunjukkan collagen dari ikan merah ni memang super power, dapat membantu membetulkan collagen badan yang rosak pada kadar yang lebih optimum. Cuba bandingkan kos nak kumpul tumbuhan atau kos nak tangkap ayam kat ladang, dengan kos nak tangkap ikan merah kat deep ocean, mana lagi mahal?
Orang keje Oil & Gas mesti tahu jawapan ni. Ye lah, nak turun kat tengah2 laut kat platform just to inspect keadaan bawah platform pun nak kena pakai macam2 equipment. Dengan oxygen nye lah, high pressure helmet lah, itu pun tak leh dok lama-lama bawah laut, takut otak pecah. Jangan tak tahu, diver yang kene buat kerja inspect ni di bayar khas tau, tak semua orang sanggup buat kerja ni sebab tahu susah dia cemana. Ini kan pulak nak turun ke dasar lautan untuk tangkap ikan merah.
2. Collagen Shaklee dibuat dari bahan semulajadi, di proses pun secara semulajadi. Bebas dari bahan toksik. Bebas dari kesan sampingan walaupun dah stop makan.
Collagen shaklee ni sah-sah lah free dari bahan kimia. Memang dalam bahan buat collagen shaklee, takda bahan kimia. Ia nya dibuat dari 7 bahan utama, termasuk sisik ikan merah tadi, vitamin b dan vitamin c, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia, etc.
Collagen Shaklee di proses secara semulajadi. Apa kepentingan proses semulajadi?

Collagen di pasaran yang murah biasanya akan melalui proses kimia. Nak extract collagen dari sumber, kena lalui certain proses. Proses paling murah adalah menggunakan beberapa bahan berasid, termasuk lah asid hidroklorik!
Tapi untuk collagen shaklee, shaklee penuh berhati-hati proses collagen melalui proses hydrolisis. Atau boleh kata pecahkan molekul menjadi kecik menggunakan air. Molekul collagen perlu di proses menjadi sangat kecik (less than 1000+ dalton in size), so that badan manusia boleh serap collagen shaklee dengan lebih optimum dan cepat.
Proses hydrolisis ni rumit, leceh, dan memang lah mahal. Dah ler mahal, shaklee bukan buat sekali dua, di buat nya lebih dari 8 kali!!! Shaklee memilih untuk proses collagen menggunakan proses hydrolisis sebab tak mahu ambil risiko membahayakan kulit dan kesihatan pelanggan.
Sebab tahu tak, kalau collagen yang di proses menggunakan proses kimia, nanti ada few chemical residues left in the product. Few je residues, tapi kalau kite dok minum hari-hari, ia nya akan terkumpul. Badan kita tak pandai nak buang benda2 chemical nih. So chemical residues ni akan terkumpul. Memang lah nampak kulit cantik kalau makan collagen murah. Tapi kalau stop je, mula-mula nampak jerawat pelik naik. Bila kita keep on makan, nanti dah tua, semua residue ni akan berkumpul menjadi toksik yang merbahaya, dan akan lead kepada kita akan dapat sakit kronik seperti sakit jantung, blockage kat salur darah, dan macam-macam lagi
Jadi, adakah kita sanggup beli produk murah, tapi sanggup tanggung kesakitan di masa depan?



Punca Kehilangan Kolagen
1) Sinar UV
2) Proses Penuaan
3) Sinar matahari
4) Merokok
5) Berjaga hingga tengah malam - tidur lambat
6) Makan berlebihan
7) Tekanan emosi
8) Pencemaran udara
9) Proses menstrual
10) Penyusuan 
11) Kehamilan, Keguguran
12) Radiasi telefon bimbit
13) Radiasi komputer
14) Pencemaran alam sekitar

Kolagen hadir paling banyak di dalam :-
1) Kulit
2) Tulang
3) Tulang rawan 
4) Payudara wanita

Fungsi kolagen :-

ANTI PENUAAN
mengurangkan liang pori2, kedutan dan garis2 halus yang kelihatan

MENGHIDRATKAN
melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka

MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT
meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan

MELICINKAN
meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit

MENYUBUR
menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar

MENCERAH
mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit

MENEGANG
membantu menegang dan menganjalkan payudara



pm saya untuk mendapatkan kolagen anda hari ini...
Shikin | SID 883799 | 0139867967 | FB : Nor Ashikin Azahari

SHAKLEE HALAL KE???

Apakah definisi HALAL?
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
-bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
-perkataan Arab – “حلآل di tengah bintang;
-diikuti tulisan rumi “HALAL”;
-bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan -Arab;
-dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

SHAKLEE HALAL KE???

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee?

Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di Carlifornia, USA.
Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satu badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah INI
"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
status halal shaklee ,pengesahan halal shaklee

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu.
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
 
status halal shaklee ,pengesahan halal shaklee
Klik Untuk besarkan Image
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan??Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i.                    Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii.                 ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
iii.                iii. Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
iv.                Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan. ”
v.                  Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?
vi.                Hubungi saya SEKARANG JUGA !!! . Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Grup Jutawan, Legasi Anugerah Terindah, SSM dan Marvellous Mommies di Facebook
vii.             Penghantaran Shaklee ke Seluruh Malaysia,Indonesia, Singapura dan China servis COD Kawasan Kuala Terengganu, Selayang, Gombak, Batu Pahat, Pontian, Tawau-Kalabakan-Semporna.

Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 

Shikin | 0139867967 | FB : Nor Ashikin Azahari | SID 883799

Rabu, 12 Februari 2014

Set bersalin Shaklee

Khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee

Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak dapatkan set bersalin/berpantang. Tak kira sama ada yang moden berbentuk kapsul, krim dan sebagainya. Terdapat dalam pelbagai jenama sama ada produk moden atau tradisional. Tidak dinafikan ada yang bagus dan ada juga yang merbahaya.

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.



Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....


Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg 
  kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang 

  dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.

* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
   penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
   kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 
   baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
  memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  
  konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Ostematrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…


Pertanyaan, konsultasi percuma, tips-tips eksklusif dan pesanan boleh hubungi saya di:
Shikin | 013-9867967 | SID 883799 | FB : Nor Ashikin Azahari

Ahad, 9 Februari 2014

Apakah Itu Cinch Shake Mix Shaklee?

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. (credit)
Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee:

  • Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
  • Membakar lemak yang tidak diingini
  • Mengurangkan inci yang tidak diingini
  • Makanan segera untuk mereka yang aktif
  • Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
  • Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
  • Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
  • Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Disini disertakan testimonial dari pelanggan yang pernah mengambil Cinch Shake Mix Shaklee:

Terbukti bahawa Cinch Shake Mix dari Shaklee adalah makanan supplement yang terbaik untuk mereka yang inginkan bentuk badan yang menarik dan langsing.
Jika kawan2 ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli produk ne, just pm saya ok.

Ashikin | 013-9867967 | FB: Nor Ashikin Azahari

Multivitamin Terbaik Adalah Vitalea Shaklee

VITA-LEA SHAKLEE MULTIVITAMIN TERBAIK
Salam sejahtera kawan-kawan.. harine jom kita story2 tentang multivitamin Shaklee. untuk pengetahuan kawan2, vitalea ne merupakan vitamin pertama yang diperkenalkan... tahun 1915..... Haaaaa dah 99tahun usia vitamin ne. Hebat tak?

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. (credit)
Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.




Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.
SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa Memerlukan Multivitamin

VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan 
   kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin
Tak naklah...vitamin Shaklee semuanya mahal-mahal...Eh mahal ke? Bulan Februari 2014 ne promosi Vitalea tau... Beli 6 percuma 1... Murahnyer...rugi x grab 1 set. bleh share dgn family @ kawan2. lagipun harga Semenanjung, Sabah & Sarawak semua dah sama mcm semennanjung., jd walau ceruk manapun uols, harga dah murah tau.

Bulan Februari 2014,
Sebotol Vita-lea (120 biji)
Harga runcit Semenanjung, Sabah & Sarawak - RM88.75
Harga promo? - xsampai pon RM75, siap poslaju bedesupppp la 

Jangan tunggu lama2...
Ashikin | 013-9867967 | FB: Nor Ashikin Azahari | COD area K.Terengganu & Tawau